Pesakit yang mengalami kegagalan ginjal selalunya akan melakukan
rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di pusat hemodialysis. Mereka
terpaksa melakukan rawatan ini kerana ginjal mereka tidak mampu lagi
menghasilkan air kencing. Jadi semua bahan kumuh yang sepatutnya keluar
melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan.
Ini menyebabkan mereka mengalami komplikasi apabila terlalu banyak cecair dalam tubuh yang biasanya berkumpul dalam paru-paru, akhirnya menyebabkan pesakit sukar bernafas dengan baik. Selain itu bahan kumuh akan berkumpul terutamanya dalam otak, menyebabkan pesakit mungkin pengsan dan meninggal dunia.
Setakat ini tiada lagi ubat sintetik moden yang mampu merawat kegagalan ginjal ini. Rawatan hemodialysis yang dilakukan ini sebenarnya menggantikan fungsi ginjal, walaupun ia tidak sempurna seperti fungsi ginjal.
Oleh kerana mereka tidak boleh mengeluarkan air dari tubuh (sebagai air kencing), jadi jumlah air yang boleh diambil adalah terhad. Pesakit kegagalan ginjal yang menjalani rawatan hemodialysis tidak boleh minum sebanyak orang yang normal.
Terlalu cecair banyak dalam tubuh juga boleh meningkatkan tekanan darah, membuat jantung bekerja lebih keras, dan boleh menyebabkan sesak nafas. Jadi pesakit yang tidak menjalankan rawatan hemodialysis yang sempurna akhirnya akan mengalami kesukaran bernafas.
Ini adalah disebabkan banyak air berkumpul dalam paru-paru dan otot-otot jantung bekerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan tekanan darah semakin meningkat. Peningkatan tekanan darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan serangan stroke.
JUMLAH AIR YANG DIBENARKAN
Jumlah air yang dibenarkan bergantung kepada individu. Untuk menentukan berapa banyak cecair untuk mengambil setiap hari, beberapa perkara harus diambil kira.
Langkah pertama adalah mengukur jumlah air kencing yang dikeluar setiap hari. Oleh kerana pesakit hemodialisis tidak lagi dapat membuang air kencing kerana kegagalan buah pinggang, selalunya kita mengambil nilai isipadu air kencing bagi orang normal iaitu 1000 ml setiap hari, dan menyebabkan pertambahan berat badan sebanyak 1kg.
Ada pesakit hemodialysis yang masih mampu mengeluarkan sedikit air kencing. Mereka mungkin dibenarkan mengambil air dengan lebih lieberal, bergantung kepada air kencing yang biasa keluar setiap hari.
Mereka harus mengukur isipadu air kencing yang mampu dikeluarkan setiap hari. Katakan 500ml. Bilangan ini ditambah dengan 1000ml iaitu air kencing yang biasa dikeluarkan oleh orang yang normal. Jadi air yang dibenarkan diminum adalah 1500ml.
Namun begitu harus berhati-hati kerana sesetengah makanan mengandungi banyak air seperti sop atau bubur. Jadi pengambilan air harus dikurangkan bagi mengimbangi air yang diambil melalui makanan.
Pesakit yang menjalani hemodialysis juga dinasihatkan agar menimbang berat badan mereka setiap hari. Pertambahan berat badan mungkin bermakna banyak air yang berada dalam tubuh yang tidak dapat dikeluarkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan