Selasa, 31 Januari 2017

Selam Skuba Dan Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Melakukannya

Tidak dapat dinafikan kebanyakan orang masa kini terutama berumur lingkungan 18-30 tahun mempunyai bucket list. Ia menyenaraikan perkara-perkara yang ingin dilakukan sebelum kahwin ataupun umur tertentu bagi mencipta satu pengalaman baru yang lain daripada kehidupan biasa. Darah muda kan. Adrenaline pumping hard gitu!
Adakah anda pernah berfantasi untuk terapung dan bergerak bebas tanpa ada tarikan graviti seperti di angkasa lepas? Tapi tertangguh kerana agak mustahil untuk dicapai apabila harga pakej yang begitu mahal?
Jangan kecewa terlalu awal kerana ada alternatif lain yang boleh memberikan pengalaman hampir sama dengan pengalaman zero-gravity dalam space travel iaitu selam skuba (scuba diving). Saya yakin salah satu perkara yang ada di dalam bucket list ialah mengalami selam skuba.

Dalam selam skuba anda boleh bergerak bebas di apungan dan berinteraksi secara terus dengan hidupan laut yang menarik seperti penyu, ikan jerung, batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai spesis ikan lain.
Selaman skuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan memakai set peralatan khas yang membekalkan bekalan udara agar penyelam dapat kekal lama dalam air pada paras kedalaman tertentu.
SCUBA itu sendiri ialah ringkasan bagi perkataan “Self Contained Underwater Breathing Apparatus” yang bermaksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri.
Jadi, inilah perkara yang anda perlu tahu tentang selam skuba sebelum mahu mencubanya.

1. Adakah Ada Oksigen Dalam Tangki Skuba

Image result for scuba tank

Di dalam tangki skuba itu mengandungi udara atmospheric yang kita sedut di udara sekeliling tetapi ditapis dan dehumidified serta dimampatkan ke dalam tangki skuba melalui kompressor udara khas untuk mengisi tangki skuba.
Komposisi gas dalam tangki skuba ialah 78.9% nitrogen, 21% oksigen, dan 0.01% inert gases (gas nadir). Jika oksigen tulen digunakan ia boleh menyebabkan keracunan kepada penyelam (oxygen toxicity) pada tahap kedalaman tertentu.

2. Berapa Lama Bernafas Dalam Air

Image result for scuba breathing

Kebiasaannya seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit di dalam air dengan hanya menggunakan 1 tangki skuba pada kedalaman 14-18 meter.
Akan tetapi, tidak semua begitu kerana penggunaan udara bergantung kepada kadar kedalaman dan prestasi penyelam itu sendiri. Ini kerana makin dalam, makin cepat udara dalam tangki itu habis,
Ia disebabkan oleh tekanan yang tinggi di dasar laut memampatkan lagi partikel-partikel udara dalam tangki skuba sehingga menyebabkan air pushing out stronger. Physics law applied here!
Kadang kala faktor pernafasan penyelam itu sendiri boleh mempengaruhi tempoh masa semasa melakukan penyelaman. Contoh, jika penyelam itu gemuruh, panik atau berdebar pastinya dia akan bernafas dengan kadar lebih cepat.
Dalam keadaan tercungap-cungap bernafas pastinya lagi cepat udara dalam tangki cepat habis menyebabkan penyelam perlu naik ke atas segera. Jadi, untuk selam lama pastikan penyelam bertenang.
Oh ya, kalau mahu rekod selaman dalam buku log (logbook) sekurang-kurangnya anda kena lakukan selaman selama 20 minit pada kedalaman 5 meter kerana itu minima requirement yang perlu dipenuhi. Jika tidak, master dive tidak akan tandatangan buku log tersebut.

3. Berapa Dalam Boleh Menyelam Skuba


Ia bergantung pada tahap pensijilan skuba anda. Jika mengikut standard PADI: Open Water Diver (paling asas) 18 meter, Advance Open Water (kena ambil adventure deep dive course dulu) 30 meter dan Deep Diver Specialty (wajib belajar Deep Dive Scenario) 40 meter.
Kalau 40 meter masih tidak cukup dalam, dinasihatkan anda untuk sila meninggal! Just kidding! Untuk menyelam lebih dalam anda boleh cuba technical diving course seperti sidemount, tecrec ataupun rebreather.

4. Apa Itu PADI

Selain PADI, ada juga SDI, SSI, CMAS, BSAC, NAUI dan RAID. Semua akronim tersebut merupakan singkatan kepada organisasi-organisasi terkenal dunia yang menjalankan aktiviti pengajaran dan latihan buat individu yang berminat melakukan aktiviti selam skuba.
Setiap organisasi mempunyai level standard yang tersendiri dalam menjalankan pengajaran dan latihan untuk melahirkan seorang penyelam bertauliah.
Di Malaysia, organisasi diving yang popular ialah PADI, SDI, SSI, NAUI dan RAID. CMAS, BSAC dan lain-lain pula biasanya banyak beroperasi di luar negara seperti Eropah dan Amerika.

5. Berapa Lama Tempoh Buat Lesen Selam Skuba

Image result for scuba license

Biasa ia mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk dapatkan lesen PADI Open Water Course. Seseorang itu perlu menjalani proses pembelajaran teori selama sehari di dalam kelas, manakala 2 hari lagi untuk pembelajaran praktikal dalam air iaitu fasa confined water dan open water. Selepas itu, ada exam paper kena jawab tapi tidak susah pun.
Sesetengah pusat selam boleh melakukan kursus Open Water mengikut kesesuaian jadual anda. Contoh, Sabtu minggu ini belajar teori, Ahad minggu depan buat confined water dan Rabu kemudiannya buat open water dan peperiksaan.
PADI Advance Open Water Course pula biasanya dilakukan dalam masa 2 hari dimana anda akan diajar 5 jenis adventure dive seperti deep dive, search and recovery, underwater navigation (macam Navy Seal, pakai kompas), drift dive (macam Initial D tapi ini tujahan guna arus air yang kuat), night dive dan pelbagai lagi berdasarkan pilihan anda sendiri.
PADI Specialty Courses, kursus kepakaran biasanya boleh dibuat dalam masa sehari untuk satu course. Anda boleh pilih pelbagai specialty course seperti underwater photography dan bermacam lagi mengikut kemahuan anda dan availability kursus tersebut di dive center pilihan anda.

6. Bagaimana Jika Tiada Lesen Tapi Mahu Selam Skuba


Boleh bah kalau kau! Ada satu kursus pendek yang dikenali sebagai Discover Scuba Diving (DSD). DSD ini khas untuk individu yang cuma mahukan pengalaman bernafas dan eksplorasi alam semula jadi dalam air tanpa menghadiri kursus teori dan praktikal yang berhari-hari itu.
Kursus pendek ini dilakukan selama kira-kira 2 jam. Peserta akan diajar tentang kemahiran asas dalam melakukan aktiviti selam skuba dan akan pergi menyelam bersama instructor ataupun DSD Leader pada kadar kedalaman maksimum 12 meter sahaja. Kebiasaanya, harga pakej DSD ini dalam lingkungan RM150-RM300 bergantung kepada dive operators.

7. Adakah Selam Skuba Hobi Mahal

Semua hobi comes with a cost kan. Bagi pendapat saya, it is not really an expensive hobby compare to the experience and that peace and tranquility that you will get!
Kebiasaannya kos untuk mengambil lesen Open Water ialah dalam RM750-RM1500, Advance Open Water RM800–RM1600 dan Specialty CoursesRM350–RM1500/specialty.
Harga ini hanyalah average estimation. Ia juga bergantung kepada pusat selam yang anda pilih. Kalau di dive resort 5 bintang jangan jangka harga kurang dari 4 angka. Boleh pergi ke diving expo atau sertai Facebook Group untuk dapat harga yang berpatutan.
Alright, itu harga kalau ambil course. Kalau sudah ada lesen, boleh buat leisure dive dengan harga pakej antara RM270–RM300. Kena tengok pakej yang dive operator tawarkan.

8. Adakah Boleh Selam Walaupun Tak Pandai Berenang


What if I say yes? Kalau anda mahu menyelam tidak semestinya perlu pandai berenang tahap pandai punya. Asalkan anda selesa dalam air dan boleh berenang sikit pun sudah cukup.
Sebab menyelam ini lain berbanding berenang, tangan tidak berapa digunakan waktu menyelam kerana diving fin (kaki-kaki itik) yang dipakai penyelam pada kaki itu yang membantu pergerakan dalam air macam propeller. Anda hanya perlu belajar teknik flutter dan frog kick.

9. Apa Peralatan Wajib Skuba


Untuk membolehkan anda bernafas, bergerak dan berinteraksi di dalam lautan, anda memerlukan peralatan-peralatan ini:
a. Buoyancy Control Device (BCD)
BCD ini digunakan untuk memegang tangki skuba dan juga untuk bertindak seperti jaket keselamatan jika memerlukan apungan (buoyancy) tambahan.
b. Regulators
Alat ini membantu menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos berkualiti tinggi yang mampu menahan kadar tekanan tinggi.
Di dalam 1 set diving terdapat dua regulators iaitu primary (kegunaan utama) dan secondary (digunakan apabila kecemasan sahaja).
Berdekatan dengan regulator terdapat 2 hos lain yang menyambungkan hos LPI (low-pressure inflator) ke BCD untuk menyalurkan udara dan satu lagi hos disambungkan ke SPG (submersible pressure gauge) untuk menandakan kadar udara yang tinggal di dalam tangki skuba.
c. Face Mask
Alat ini bantu penyelam melihat di dalam air dan melindungi lubang hidung daripada dimasuki air. Our eyes need air to see. Goggle sangat tidak releven untuk menyelam kerana ianya tidak melindungi lubang hidung.
d. Weight Belt
Tali pinggang yang ditambah dengan pemberat timah (1 kg) ini digunakan untuk mewujudkan negative buoyancy. Ia bantu menggelamkan tubuh badan penyelam terutama yang berbadan besar dan berisi.
e. Exposure Suit
Pakaian seperti wetsuit dan rashguard amat penting ketika berada di dalam air kerana ianya membantu untuk insulation dan mengelakkan anda cedera apabila terlanggar sesuatu di dalam air. Kalau duyung yang langgar, tidak mengapa!
f. Fins
Kaki itik ini diibaratkan seperti enjin ketika menyelam. Makin besar dan panjang saiznya, makin senang untuk bergerak laju dalam air. Kalau fins ini tiada, penyelam tidak boleh pergi jauh.
Peralatan lain yang kena ada waktu diving ialah lampu suluh, steel pointer, kamera, sarung tangan, dive computer dan pelbagai lagi.

10. Di Mana Tempat Selam Terbaik Di Malaysia


Teramatlah banyak! Di Sabah sahaja terdapat lebih dari 10 pulau untuk diving. Mataking, Mabul, Mamutik, Sapi, Lankayan, Layang-Layang dan paling best ialah Sipadan (one of the best in the world).
Kalau di Malaysia Barat ada juga tempat awesome seperti di Pulau Tioman, Pulau Tenggol, Pulau Payar, dan Pulau Perhentian akan tetapi tidak lawan juga Pulau Sipadan dan Pulau Layang-Layang. Haha.

11. Bagaimana Nak Jadi Penyelam Profesional

Untuk jadi penyelam profesional seperti dive master atau penunjuk ajar, anda kena lalui pelbagai peringkat pensijilan penyelaman.
Pertama, anda kena ada Open Water Certification. Selepas itu, ambil Advance Open Water Certification. Kemudian, anda perlu lulus pula Emergency First Responder Course.
Selepas buat sekurang-kurangnya 40 logged dive baru layak untuk ambil Rescue Diver Course. Apabila sudah lulus peperiksaan teori dan praktikal jadi Rescue Diver baru boleh ambil Dive Master. Kena cukup sekurang-kurangnya 60 logged dive dan lulus peperiksaan lagi sekali baru boleh jadi dive master bertauliah.
Dengan status dive master bertauliah, lakukan lebih 100 catatan dive log bagi melayakkan anda ambil peperiksaan Open Water Scuba Instructor. Ia satu perjalanan yang panjang tetapi berbaloi.
OK, harap semua persoalan anda terungkai dan terjawab dalam artikel ini. Sebelum akhiri, saya mahu kongsikan satu petikan:
“Bad day diving is a thousand times better than the best day at the office.”

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...