Selasa, 28 Februari 2017

Sejarah Permulaan LEGO

Di Malaysia, barangan permainan Lego semakin mendapat perhatian ramai. Maklumlah, Malaysia dah ada Legoland sekarang. Dan mungkin ramai yang tidak mengetahui Lego berasal dari Denmark. Tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui asal-usul sejarah permainan Lego bermula.

Perkataan Lego adalah mengambil berasal dari perkataan ’Leg Godt’ dalam bahasa Danish yang bermaksud ’play well’. Sejarah mencatatkan bahawa pada asalnya seorang tukang kayu bernama Ole Kirk Christiansen memulakan permainan kanak kanak daripada kayu dan seterusnya memcipta permainan dengan menggunakan bongkah plastik. Kini, generasi ketiga iaitu cucu ketiga Ole Kirk Christiansen merupakan orang yang terkaya di Denmark setelah 25 tahun menjadi CEO Lego Group.

Untuk mengetahui lebih lanjut sejarah asal usul permainan Lego, sila layan video animasi pendek mengenai sejarah bagaimana permainan terkenal seantero dunia ini bermula and and let yourself be inspired. It’s a most inspiring story with a lot of great lessons to learn!
Kini permainan LEGO ada dijual di serata dunia dengan pelbagai model yang menarik. Dan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak lelaki, malah baru-baru ini Lego telah mula memasarkan permainan untuk kanak-kanak perempuan yang lebih kepada pembinaan rumah-rumah yang bewarna pink dan tidak seperti kanak-kanak lelaki yang lebih kepada membina kereta, keretapi, kapal terbang dan sebagainya. Tetapi anda tidak perlu menjadi kanak-kanak untuk bermain LEGO. Apa yang diperlukan hanya unlimited imigination!

Fakta mengenai permainan Lego
  • Lego bermaksud “Saya menyusun” atau “Saya merangkai” dalam Bahasa Latin.
  • Setiap saat, sebanyak 7 set permainan Lego terjual di seluruh dunia
  • Kira-kira 20 billion bongkah Lego dibuat setiap tahun di Kilang Lego di Billund, Denmark dan bersamaan 2 million bongkah setiap jam dan 35 000 setiap minit.
  • Ketepatan mesin acuan plastik yang digunakan adalah 0.002mm dan hanya 18 bongkah yang rosak atau di ’reject’ bagi setiap sejuta produk
  • Kiraan matematik menunjukkan terdapat 915,103,765 juta cara untuk mencantum Lego.
  • Secara purata, setiap individu di Dunia ini mempunyai 62 bongkag Lego seorang.
  • Sejak 1949, kira-kira 440 billion bongkah Lego telah dihasilkan
  • Jika semua bongkah Lego di susun, ianya dapat membalut bumi sebanyak 4 kali
  • Terdapat kira-kira 2,350 jenis bentuk bongkah dengan 52 jenis warna

Sehingga kini terdapat 9 Legoland di seluruh dunia, antaranya ialah :-
  • Legoland Billund Resort (Billund, Denmark; dibuka pada 1968)
  • Legoland Windsor Resort (Windsor, United Kingdom; dibuka pada 1996)
  • Legoland California (Carlsbad, San Diego County, California; dibuka pada 1999)
  • Legoland Deutschland Resort (Günzburg, Germany; dibuka pada 2002)
  • Legoland Florida Resort (Winter Haven, Florida; dibuka pada 2011)
  • Legoland Malaysia Resort (Iskandar Puteri, Johor, Malaysia; dibuka pada 2012)
  • Legoland Dubai Resort (Jebel Ali, Dubai, United Arab Emirates; dibuka pada 2016)
  • Legoland Japan (Nagoya, Japan; bakal dibuka April 1, 2017)
  • Legoland Korea (Chuncheon, Gangwon Province, South Korea; dibuka pada 2017)

Dan terdapat beberapa lagi Legoland Theme Park yang masih dalam rancangan pembinaan. Memang berbaloi dengan apa yang telah mereka usahakan selama berdekad naik turun dalam perusahaan permainan ini.

Isnin, 27 Februari 2017

Toyota Corolla Gen 1 Hingga Kini

Toyota Corolla merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Inilah model Toyota yang paling laris dengan jualan melebihi 43 juta unit di seluruh dunia. Sekali gus menewaskan model paling laris terdahulu iaitu Volkswagen Beetle.
Diperkenalkan sejak tahun 1966, Corolla kini sudah memasuki generasi kesebelas.  Untuk makluman anda, nama Corolla diambil daripada model Toyota Crown kerana Corolla bermaksud “mahkota bunga-bungaan” dalam bahasa Latin.
Menariknya bukan hanya Corolla, tetapi kebanyakan model Toyota bermula dengan huruf ‘C’ seperti Celica, Carina, Corsa dan Camry. Majoriti model terawal Corolla menggunakan pacuan roda belakang sebelum diubah ke pacuan roda hadapan.
  1. Generasi Pertama (E10/1966-1970)
Corolla generasi pertama diperkenalkan pada Oktober 1966 dengan menggunakan enjin 1100cc. Dua tahun kemudian Toyota Sprinter dikeluarkan dan dijual secara eksklusif melalui rangkaian pengedar Toyota di Jepun yang dikenali sebagai Toyota Auto Store. Pesaing terdekat Corolla waktu itu ialah Nissan Sunny (Datsun) dengan enjin berkapasiti 1000cc. Corolla mengatasi jualan Sunny dalam masa setahun dengan kelebihan 100cc.
  1. Generasi Kedua (E20/1970-1974)
Corolla E20 dihasilkan dengan bentuk badan yang lebih sporty. Varian enjin bersesaran 1,400 dan 1600cc juga ditambah kepada pilihan sedia ada. Nama Corolla dan Sprinter digunakan untuk membezakan kedua-dua model itu dari segi kemasan luaran dan dalamannya. Sementara Corolla Levin dan Sprinter Trueno pula diperkenalkan sebagai model berprestasi tinggi sebaik sahaja enjin baru dengan DOHC diperkenalkan pada Mac 1972 (TE27).

  1. Generasi Ketiga (E30, E40, E50, E60/1974-1979)
Corolla baru yang lebih besar dan berat diperkenalkan pada tahun 1974. Ia turut diperkenalkan dengan versi lifback dua pintu. E50 ialah Corolla yang dinaik taraf daripada E30. Manakala E60 pula ialah model Sprinter yang dinaik taraf daripada E40.

  1. Generasi Keempat (E70/1979-1983)
Rekaan terbaru Corolla generasi keempat menyaksikan model Corolla yang lebih bersegi. Rekaan hadapan dan belakang kelihatan cukup bersahaja dan kurang kompleks. Enjin siri A telah diperkenalkan bagi menggantikan enjin siri K dan T. Sistem pancitan bahan api turut diperkenalkan sebagai pilihan untuk pasaran Jepun.

  1. Generasi Kelima (E80/1983-1987)
Inilah Toyota LE yang cukup terkenal di Malaysia. Ia merupakan antara kereta termoden pada zamannya dengan bonet hadapan yang menurun ke depan dan but belakang yang tinggi. Sistem pancitan bahan api juga ditawarkan sebagai pilihan pada model E 80 ini.
Kebanyakan model pada ketika itu menggunakan sistem pacuan hadapan kecuali AE85 dan AE86 yang masih menggunakan pacuan roda belakang (FR).
Kod cesi AE 85 dan AE86 turut digunakan oleh Sprinter (termasuklah Sprinter Trueno yang sudah menjadi lagenda). Sprinter hampir menyerupai Toyota kecuali beberapa perbezaan kecil seperti lampu hadapan jenis pop-up.

  1. Generasi Keenam (E90/1987-1991)
Model ini kelihatan lebih aerodinamik dan selesa dipandu berbanding Corolla terdahulu. Masih menggunakan pacuan hadapan, tetapi ada juga beberapa model yang menggunakan sistem 4WD All-Trac. Enjin yang ditawarkan pula bermula daripada enjin 2E 1.3-liter sehinggalah enjin 4A-GZE dengan kuasa maksimum 165hp.

  1. Generasi Ketujuh (E100/1991-1995))
Diperkenalkan pada Jun 1991, E100 ataupun dikenali dengan nama Toyota Corolla SEG di Malaysia merupakan Corolla yang paling besar dan berat berbanding model-model sebelumnya.
Versi coupe AE101 Corolla Levin turut diperkenalkan, tetapi bukan untuk pasaran Malaysia. Semua enjin dibekalkan dengan sistem pancitan bahan api elektronik.

  1. Generasi Kelapan (E110/1995-2000)
Generasi kelapan kelihatan sedikit kecil dari segi saiz berbanding generasi terdahulu dan nampak lebih moden. Pada tahun 1998, buat pertama kalinya Corolla baru ini dilengkapi enjin baharu, 1ZZ-FE yang menggunakan blok dan kepala selinder aluminium. Ini menjadikannya lebih ringan berbanding E100.

  1. Generasi Kesembilan (E120, E130/2000-2006)
Diperkenalkan pada tahun 2000 dengan saiz yang lebih besar. Ia perkenalkan di negara Asia lain dan dikenali dengan nama Corolla Altis. Terdapat juga versi station wagon untuk pasaran Jepun dan dinamakan Corolla Fielder. Inilah wajah baru Corolla yang jauh lebih moden berbanding model sebelumnya.
Mempunyai banyak pilihan enjin daripada sekecil 1.4-liter sehingga 2.0-liter. Ia juga merupakan antara model Toyota yang paling popular.
  1. Generasi Kesepuluh (E140, E150/2006-2013)
Diperkenalkan di Jepun dengan nama Corolla Axio. Negara lain termasuk Asia masih mengenalinya dengan nama Corolla Altis. Mempunyai pilihan enjin paling banyak dari sekecil 1.3-liter sehinggalah 2.4-liter termasuk enjin diesel D-4D.
Urban road.
  1. Generasi Kesebelas (E160, E170/ 2013-Kini)
E160 merupakan Corolla generasi kesebelas untuk pasaran Jepun. Sementara E170 pula ialah untuk pasaran antarabangsa. E170 kelihatan lebih futuristik berbanding E160.
Pilihan enjin dikurangkan, tetapi pilihan transmisi bertambah dari 5-kelajuan manual sehingga 7-kelajuan automatik Super CVT-i (terdapat juga versi CVT-i 8-kelajuan untuk pasaran China). Toyota juga menekankan penjimatan bahan api yang optima untuk Corolla ini.

Untuk pasaran Malaysia, tiga varian Corolla Altis diperkenalkan iaitu 1.8E, 2.0G dan 2.0V. Kesemua varian dilengkapi transmisi CVT 7-kelajuan sports dengan tukaran sequential.
Kelahiran Corolla lima puluh tahun dahulu bertitik tolak daripada pemikiran inovatif, teknologi dan kemampuan membuat keputusan yang terbaik daripada pihak pengurusan Toyota.
Semua faktor tersebut menyumbang kepada perkembangan DNA Corolla yang telah diwarisi dari generasi ke generasi di Toyota Motor Corporation. Kini, dengan produksi keseluruhan melebihi 40 juta unit dan dipasarkan di lebih 150 negara di seluruh dunia, Toyota Corolla diakui sebagai “The World’s Most Popular Car”.

Ahad, 26 Februari 2017

6 Kegagalan Besar Richard Branson & Virgin Group

“If you haven’t failed yet, you haven’t been in the business long enough..”
– Sir Richard Branson
Richard Branson antara nama yang tidak asing lagi di mana-mana tempat seluruh dunia. Beliau yang merupakan antara billionaire dan tokoh usahawan tersohor serta dihormati ini ialah antara tunjang utama yang berjaya membangunkan jenama “Virgin” ke serata dunia dan menguasai pelbagai industri yang berbeza.
Dilahirkan pada 18 Julai 1950, beliau sangat dikenali sebagai pengasas kepada syarikat Virgin Group yang memiliki lebih 400 syarikat di bawahnya. Antara perniagaan yang berjaya di bawah jenama syarikat Virgin Group ialah:
  • Virgin Atlantic (Penerbangan)
  • Virgin Gaming (Permainan Video)
  • Virgin Mobile (Telekomunikasi)
  • Virgin Money (Perbankan)
  • Virgin Records (Syarikat Rakaman)
Beliau sebenarnya telah mengalami kerugian yang besar dalam perniagaan tetapi beliau masih kekal sebagai antara orang terkaya di dunia. Beliau dan syarikatnya telah melaburkan banyak wang dalam industri tertentu seperti pakaian, kosmetik dan sebagainya tetapi perniagaan ini tidak menguntungkan.
Dalam autobiografi beliau yang bertajuk, “Losing my Virginity” tanpa segan silu beliau bercerita mengenai kegagalan yang telah beliau hadapi dengan nada yang sangat tenang serta bersemangat – seolah-olah beliau sangat menikmati kegagalan tersebut sebagai satu pembelajaran dalam kehidupan beliau hingga berjaya seperti kini.
Tidak semua perniagaan yang beliau ceburi berjaya mendatangkan hasil yang menguntungkan. Ini kerana lain industri, lain pendekatan yang perlu dilakukan untuk memikat hati pengguna. Berikut antara 6 perniagaan Virgin Group yang mengalami kegagalan.

#1 – Virgin Cola

Virgin Cola diwar-warkan sebagai kegagalan terbesar bisnes jenama “Virgin” dan merupakan antara kegagalan yang sering diingati oleh Sir Richard Branson sendiri.

Pengajaran yang beliau dapat ialah jangan sekali-kali memandang rendah kepada pengeluar minuman utama di dunia. Ia satu kesilapan besar jika fikirkan bahawa syarikat mereka tidak ambil tahu. Jenama besar yang sudah lama bertapak tidak pernah ‘tidur’. Mereka sentiasa memerhati dan bersedia ‘mengetuk’ jenama-jenama baru ini bila-bila masa sahaja.

#2 – Virgin Bride

Virgin Bride dilancarkan di beberapa tempat di England pada tahun 1996 dan ketika pelancarannya, Richard Branson mencukur janggutnya dan memakai pakaian perkahwinan.

Namun begitu perniagaan dalam industri pakaian perkahwinan ini hanya bertahan untuk satu jangkamasa yang singkat sahaja. Kedai-kedai Virgin Bride berhenti mengambil tempahan pada Disember 2007 selepas mengalami kerugian akibat persaingan bisnes yang sangat kompetitif.

#3 – Virgin Vie

Virgin Vie merupakan jenama yang menjual barangan kosmetik dan kelengkapan yang didagangkan secara online, di kedai-kedai Virgin Store serta dari rumah ke rumah.

Selepas ditutup akibat jualan yang tidak memberangsangkan, jenama ini memfokuskan kepada konsep jualan langsung dan menjadi “Virgin Vie At Home”.

#4 – Virgin Clothing

Virgin Clothing membariskan pelbagai pilihan pakaian lelaki dan perempuan serta kasut-kasut dan aksesori. Ianya hanya dijual oleh para peruncit di UK dan kedai-kedai terpilih sahaja.

Virgin Group telah membayar untuk mendapatkan perkhidmatan rekabentuk iklan daripada agensi pengiklanan terbesar, Saatchi & Saatchi. Jenama Virgin Cloting ini akhirnya gulung tikar dan memberikan kerugian kepada para pemegang saham.

#5 – Virgin Megastore

Virgin Megastore merupakan kedai rangkaian peruncitan hiburan yang diasaskan Sir Richard Branson pada tahun 1976. Pada tahun 1979, syarikat ini membuka Megastore pertama mereka di hujung Oxford Street dan Tottenham Court Road.
Syarikat ini berkembang kepada beratus-ratus kedai-kedai di seluruh dunia pada tahun 1990-an, tetapi telah kehilangan sebilangan besar kedai-kedai pada tahun-tahun kebelakangan ini. Akibat daripada kesan pasaran muzik digital, kedai-kedai ini akhirnya ditutup pada tahun 2009.

Richard Branson turut mengakui perniagaan Virgin Megastore ini sudah beroperasi terlalu lama walaupun mengalami kerugian yang besar. Kegagalan beliau untuk menutup operasi kedai ini dengan segera mengakibatkan kerugian yang sangat banyak.

#6 – Virgin Express

Virgin Express merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Brussels, dilancarkan pada tahun 1996 untuk bersaing dengan EasyJet.

Namun selepas mengalami kerugian, penerbangan Virgin Express ini ditutup pada tahun 2006. Pada hari ini syarikat penerbangan ini beroperasi dengan menggunakan nama Brussels Airline.
Selain itu, beliau juga gagal untuk mengembangkan bisnes automobile retailer (Virgin Cars), kedai bunga (Virgin Flower), muzik digital (Virgin Pulse & Virgin Digital), laman social network (VirginStudent), pakaian dalam wanita (Virginware), minuman keras (Virgin Vodka) serta loteri (Virgin National Lottery).
Namun ia tidak menghalang beliau dan Virgin Group untuk meneroka peluang-peluang baru dalam pelbagai industri agar perniagaan mereka berkembang maju pada masa hadapan.
Gagal bukan bererti penamat, teruskan berusaha dan mencari peluang!

Sabtu, 25 Februari 2017

8 Tips Menyejukkan Rumah Dan Bilik Anda

Mesti ramai yang mengalami masalah tidak selesa rumah atau bilik yang panas kan? Kalau di pejabat tu lainlah kisahnya sebab aircon 24jam, tapi kalau di rumah pasang aircon 24jam alamat melambung bil lah. Itu bagi yang mampu pasang aircon, tapi bagi yang kurang berkemampuan memasang dan bayar bil yang lebih tinggi lagi bagaimana pula?
Jangan risau ada cara mudah untuk atasi suhu panas di rumah dan bilik anda itu.
Berikut adalah 8 tips mengatasi suhu rumah atau bilik yang panas yang patut anda cuba, di samping menjimatkan kos anda.

1. Letakkan besen berisi air di bilik

Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.

2. Pasang jaring kelambu besi dan buka tingkap pada waktu malam

Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.

3. Pasang papan fiber di siling rumah

Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

4. Guna lampu dari jenis kurang mengeluarkan haba

Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

5. Pokok ekor kucing boleh menyejukkan dalaman rumah

Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

6. Warna cerah di dinding rumah dapat memantulkan haba

Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

7. ‘Awning’ dapat mengurangkan pemanasan atap rumah

Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

8. Jauhkan pendingin hawa dari tv dan komputer

Ini memang tak ramai tahu dan mungkin biasa terbuat. Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.

Jumaat, 24 Februari 2017

Raja Kala Jengking Yang Sebenar ‘El-Loco’

Mula-mula orang cakap Henrikh Mkhitaryan ialah Scorpion King selepas gol menentang Sunderland. Tak lama kemudian orang cakap Olivier Giroud pula Scorpion King yang sebenar selepas jaringan beliau ke atas Stoke City.
Tapi rasanya gelaran itu tidak layak langsung untuk dua pemain ini. Kerana di dalam dunia bolasepak hanya ada satu sahaja Scorpion King yang sebenar dan namanya ialah Rene Higuita.
Pada 6 September 1995, ketika berlangsung aksi persahabatan England dan Colombia di Wembley, Higuita mempertontonkan kepada seluruh dunia aksi paling licik dalam sejarah bola sepak.
Hari itu menyaksikan kemunculan sulung ‘Sepakan Kala Jengking’ ciptaan Higuita. Teknik itu cukup mengagumkan apabila Higuita yang sepatutnya mudah menangkap bola tendangan pemain lawan, Jamie Redknapp, tidak berbuat demikian sebaliknya melayang dan membengkokkan badan lalu mengeluarkan bola dengan tumit.

Perlawanan itu mungkin hanya berkesudahan 0-0, namun aksi ‘Sepakan Kala Jengking’ membuatkan semua orang meninggalkan stadium dengan kenangan manis.
Penjaga gol legenda ini bukan setakat sekali sahaja melakukan aksi itu bahkan berkali-kali selepas pertama kali mempersembahkannya kepada dunia dalam perlawanan persahabatan menentang England pada tahun 1995.
Higuita juga memiliki rekod cemerlang, dihasilkan melalui sepakan penalti dan percuma. Dia menjaringkan 33 gol sepanjang karier di kelab dan pasukan kebangsaan.

Khamis, 23 Februari 2017

5 Penyebab Kerosakan Kompresor Penghawa Dingin Kereta

“Encik, compressor air-cond kereta encik sudah rosak. Kena tukar ni, harga lebih kurang RM2000.” Wow! Mesti terbeliak biji mata anda kan. Mana tidaknya, sekarang ini dah hujung bulan. Poket dah makin kering, ada habuk saja.
Berpusing kepala fikir sebab nanti nak bawa anak-anak pergi sekolah, pergi mencari rezeki, pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terlintas juga, kalau aku seorang je, aku tangguh dulu baiki. Naik kereta pakai fresh air, hirup udara segar. Tapi dah ada family tak bolehlah macam ni, nak tak nak kena baiki juga.
Yang ada kad kredit terus swipe kad, yang tiada kad kredit berhutang dengan kawanlah nampaknya. Namun jika financial planning anda bagus, perkara ini tidak begitu menjejaskan anda. Baik, ini cerita lainlah kalau nak sembang pasal financial planning.
Ini cerita kenapa air-cond compressor rosak dan bagaimana anda boleh elakkan daripada duit anda melayang. Mungkin anda tidak dapatkan elak 100%, akan tetapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko berlakunya kerosakan. Jom kita lihat perkara-perkara utama yang kita perlu berjaga-jaga.

1. Kandungan Refrigerant (Gas) Yang Rendah

Apabila ada kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas akan berkurangan. Menyebabkan compressor anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Lama-kelamaan compressor akan rosak.

2. Kandungan Refrigerant (Gas) Yang Terlampau Tinggi

Jika sekiranya anda tidak bernasib baik terjumpa dengan mekanik yang kurang mahir, diisinya gas terlampau banyak mahupun tertukar jenis gas yang digunakan, maka terimalah duit anda melayang. Pastikan anda rujuk kepada manual air-cond kereta atau rujuk kepada yang pakar.

3. Coil Kotor

Pernah tengok coil? Kalau anda pernah tengok kat air-cond kat rumah atau belakang peti ais, anda nampak besi warna gangsa atau keemasan.
Jika ianya sangat kotor, ianya tidak dapat berfungsi seperti biasa menyebabkan compressor anda juga terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Lama-kelamaan compressor anda terlebih panas dan akhirnya rosak.

4. Masalah Litar/Komponen Elektrik

Yang ini seolah-olah silent killer. Kenapa ya? Yalah, bunyi macam kecil saja masalahnya kadang-kadang. Contoh wiring putus, fuse terbakar dan lain-lain kerosakan elektrik tetapi impaknya anda kena tukar compressor. Fuh melayang duit.
Seeloknya carilah mechanic/technician yang berpengalaman dan lakukan inspection atau servis secara berkala supaya kita dapat mengesan komponen-komponen yang mungkin rosak ataupun sudah rosak.

5. Kekurangan Lubricant

Jangan ingat enjin kereta saja ada lubricant. Compressor pun ada. Yang ini saya sendiri pun ambil ringan, maklumlah jarang dengar pula orang tukar lubricant compressor.
Yang pasti selepas beberapa tahun anda pakai kereta anda, anda mesti check kandungan lubricant compressor anda. Jika berkurangan maka silalah top up atau tukar sahaja lubricant baru.
Jika tanya kekerapan, saya pun susah nak cakap tapi bolehlah rujuk mana-mana technician yang jujur dan amanah tentang kekerapan menukar lubricant.
Kesimpulannya, bagi mengelakkan duit anda melayang lagi banyak, maka lakukanlah servis secara berkala air cond kereta anda.
Ianya memerlukan sedikit usaha dan labur sedikit wang demi menjaga air cond compressor kereta anda daripada rosak.
Yang pastinya harga tukar compressor memang mahal. Akhirnya rujuk kepada mechanic/technician yang amanah dan jujur berdasarkan pengalaman kawan-kawan ataupun review masyarakat awam.
Sekian dan semoga bermanfaat.

Rabu, 22 Februari 2017

5 Aktiviti Yang Anda Patut Lakukan Bagi Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Kumpul bersama ahli keluarga menjadi lebih indah apabila dapat memanfaatkan masa dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan sama ada di rumah atau tempat peranginan. Memandangkan tahun ini ramai merancang untuk berjimat, jadi saya nak kongsikan ini dengan anda.
Saya percaya 5 aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama ini baik untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di rumah. Saya juga kategorikan aktiviti-aktiviti ini sebagai klasik aka evergreen sebab ia relevan daripada saya kecil sampai dewasa kini.


1. Gotong-Royong

Pastinya aktiviti ini bakal mengeluarkan peluh seisi keluarga. Semua bekerjasama membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Bahagi-bahagikan tugas, sama-sama ringankan kerja rumah. Puas hati apabila ibu bapa tersenyum gembira melihat rumah cantik berseri. Lagi syok, buat kejutan dekorasi untuk orang tua kita.

2. BBQ

Ini aktiviti kegemaran famili saya. Selalu buat BBQ apabila balik kampung di Kelantan. Aktiviti ini bagus kerana boleh memasak dan makan bersama yang secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga terutama apabila masing-masing tinggal berjauhan kerana kerjaya atau pengajian. Waktu inilah setiap ahli keluarga boleh bekerjasama membakar daging dan ayam, menyediakan sos perapan dan pencicah, menyiapkan tempat makan, membeli barang basah, membasuh dan mengemas. Boleh juga buat gaya potluck. Best!

3. Movie Night

Tonton filem beramai-ramai bersama keluarga di rumah bagaikan mencipta momen menonton di panggung wayang. Bertambah seronok apabila filem atau drama yang ditayangkan itu dapat menepati citarasa seisi famili. Sebut tentang citarasa, saya teringat minggu lepas berjaya tonton 3 filem Malaysia lakonan Maya Karin iaitu Nota, Sejoli dan Pisau Cukur bersama ayah dan mama. Ketiga-tiga filem menepati citarasa dan mencapai “piawai” ayah sehingga mendapat pujian. Yeay! I’m happy.

4. Board Games

Permainan seperti Uno, Monopoly, Scrabble atau menyusun jigsaw puzzle boleh juga dijadikan salah satu aktiviti keluarga. Ia bukan sahaja dapat merapatkan hubungan, malah boleh tambah ilmu dan memupuk kesabaran juga. Tambahan pula tak perlu banyak persediaan atau ruang, tak perlu risau akan hujan atau panas. Boleh saja dilakukan di ruang tamu rumah. Pasti meriah dan kecoh terutama saat nak hampir menang gitu. Hehe.

5. Sembahyang Bersama

Ini antara kunci kebahagiaan keluarga. Jika diamalkan solat bersama famili pasti berasa tenang di hati. Apatah lagi selepas solat, ada pula sesi tazkirah dan tadarus al-Quran. Apabila dah biasa dengan suasana sebegini, pasti rindu mahukannya lagi.
5 cara di atas hanyalah cadangan. Anda boleh merancang aktiviti yang lebih dekat dengan ahli keluarga. Bagi saya, silaturrahim patut dijaga baik-baik dengan penuh kasih sayang, lembut, saling menghormati dan ambil berat. Sayang melihat hubungan kekeluargaan jadi rengang apabila ibu bapa sudah tiada. Selagi ada peluang, semaikan rasa cinta pada keluarga yang dianugerahkan Tuhan ini.
Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga. Semoga bermanfaat!

Selasa, 21 Februari 2017

11 Planet Paling Aneh Dan Ganjil Di Alam Semesta


Terdapat 11 planet paling ganjil dan aneh yg pernah dijumpai oleh ahli sains ketika ini. Kewujudan planet-planet ini sememangnya di luar kotak pemikiran manusia kerana memiliki ciri-ciri planet yg tidak munasabah secara logik akal dan masih menjadi misteri kepada manusia sehingga kini.





01. J1407-B - Bintang Gergasi Gas Dengan Lingkaran Raksasa Sekelilingnya
Ia dikenali sebagai salah satu bintang gergasi gas yg mempunyai lingkaran gergasi paling besar pernah dijumpai di dalam galaksi ketika ini. Disebabkan ia mempunyai lingkaran seperti planet Zuhal, ia juga dikenali sebagai Super Zuhal. Jarak dari Bumi ke bintang ini ialah 420 juta cahaya. Ia mempunyai satu Bulan besar dan juga beberapa Bulan kecil disekelilingnya. Dikategorikan sebagai bintang muda kerana dianggarkan baru berusia 16 juta tahun. Bintang ini masih dalam perbincangan samada ia adalah sebuah planet atau tidak dan ianya hanya dapat diketahui selepas ekspedisi sains yg
di hantar ke bintang ini sampai pada tahun 2347. Bintang ini mulai dijumpai pada tahun 2012 oleh ahli astronomi bernama Eric Mamajek di Universiti Rochester, New York.











Illustrasi J1407-B





02. HD 106906 b - Planet Paling Mustahil Pernah Wujud Di Galaksi
Planet ini dikatakan sebuah planet yg mustahil utk wujud kerana kedudukannya yg begitu jauh daripada hos bintang dan tidak menepati teori formasi planet. Planet di luar Bima Sakti ini adalah 11 kali lebih besar daripada Musytari dan mengorbit hos bintangnya dengan jarak 650 kali ganda jika dibandingkan dengan jarak Bumi dengan Matahari. Ia bermakna ia mengorbit bintang hosnya dengan jarak sejauh 60 billion km. Planet ini dianggarkan baru berusia 13 juta tahun dan mempunyai suhu planet setinggi 1500 darjah celcius. Saintis masih lagi membuat kajian bagaimana planet ini boleh wujud sedangkan ia begitu jauh daripada bintang hosnya. Pernah tgk rancangan fiksyen Dr. Who ? Rancangan sains fiksyen daripada Britian ini mengisahkan Dr Who yg pergi menjelajah ke seluruh galaksi melalui laluan masa dan angkasa. Cerita ini mmg best dan sudah ditayangkan sejak tahun 1960 an sehinggalah kini. Satu petisyen telah dikeluarkan oleh masyarakat dunia agar planet ini dinamakan planet Gallifrey (planet asal Doctor Who tetapi hilang di luar galaksi).Namun ia tidak diterima oleh International Astronomical Union.


Illustrasi planet HD 106909 b




03. TrES-2B - Planet Paling Gelap Di Seluruh Galaksi
TrES 2-B atau Kepler 1-B dikatakan planet paling gelap yg berada di luar Sistem Suria kita. Ianya terletak 718 tahun cahaya dari Sistem Suria. Planet ini dikatakan paling gelap kerana ianya hanya memantul 1% terhadap sebarang cahaya mengenainya. Planet ini juga berada sgt dekat dengan bintangnya dan termasuk dalam kelas planet Musytari Panas atau Planet Panggang. Planet ini mempunyai suhu permukaan setinggi 1100 darjah celcius.


Ilustrasi Planet TrES -2B


04. 55 CANCRI e - Planet Batu Permata
Planet ini unik kerana planet dipenuhi dengan batu permata yg terhasil daripada hasil proses bahan kimia semula jadi yg terdapat di planet ini. Ia berada dengan jarak 40 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita. Ia juga digelar Super Bumi yg pertama di jumpai dan bersaiz 2 kali besar daripada diameter Bumi serta mengambil 2.8 hari utk mengorbit bintang hosnya. Ia juga digelar sebagai Planet Karbon kerana mengandungi lebih banyak karbon daripada oksigen di planet ini. Planet ini juga mempunyai nama lain iaitu Janssen.




Illustrasi Planet Permata @ 55 CANCRI -E


05.GLIESE 436 b - Planet Ais Tapi Panas
Planet ini adalah planet ais tapi terbakar. Sejuk tapi pada masa terbakar atau panas. Keliru kan. Planet ini bersaiz planet Neptune dan dipanggil Hot Neptune yg pertama. Planet ini mmg unik kerana planet ini sejuk seperti ais tetapi pada masa yg sama permukaannya juga sgt panas sehingga terbakar kerana terlalu dekat dengan bintang hosnya. Sebab utama kenapa ais di planet tidak cair adalah disebabkan tarikan graviti planet ini yg sgt kuat terhadap ais di permukaan planet ini dan ia menghalang daripada ia cair walaupun suhu planet ini sgt panas. Planet ini terletak sejauh 33 juta tahun cahaya dari Sistem Solar kita.






Illustrasi planet GLIESE 436 B



Jika ingin membaca artikel selanjutnya, boleh la baca di link ini >>>https://galaksiviral.blogspot.my/201...ganjil-di.html

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...