Sudah bertahun Syarikat Google mengetepikan pengambilan para pekerja
yang memiliki gred pencapaian yang tinggi, latar belakang universiti
yang terbaik malah menjalankan temuduga yang melibatkan pengetahuan
intelek.
Laszlo Bock, Ketua Operasi Google sendiri mengakui bahawa pengambilan pekerja di syarikat ini bukanlah semata-mata mengenai kelayakan!
Ikuti apa yang dikongsikan oleh beliau terhadap ciri-ciri yang diperlukan dalam menjawat pekerja di syarikat Google.
Kajian mendapati bahawa graduan muda yang berjaya telah dimomokkan supaya bergantung pada bakat semata-mata. Hal ini akan mengakibatkan mereka untuk sentiasa berjaya tanpa merasai kegagalan disebabkan bakat dan kepakaran yang dimiliki.
Justeru, kerendahan hati mereka untuk menerima kegagalan terlalu sedikit sedangkan itu bukanlah yang Google mahukan. Google melihat kepada mereka yang mampu bangkit semula dan teguh berhadapan dengan idea yang dilontarkan oleh individu lain dengan idea yang lebih hebat.
Tambah Bock lagi, “Individu yang berjaya lazimnya akan merasai kegagalan dan kegagalan itulah akan dipelajarinya untuk menjadi yang lebih baik”
Bakat boleh wujud dalam pelbagai cara yang menyebabkan pengurus sesebuah syarikat akan menjadikannya sebagai kelayakan untuk bekerja.
Kata Bock, “Apabila anda memerhatikan mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mereka mampu mencorak jalan kehidupannya, mereka itulah insan yang sangat luar biasa. Oleh itu, syarikat kami seharusnya mengambil orang seperti mereka,”
Kejayaan dalam pembelajaran di peringkat universiti bukanlah menjadi penanda aras seseorang itu mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.
“Untuk setiap skop kerja, perkara utama yang dititikberatkan adalah keupayaan pemikiran umum (general cognitive ability) dan bukannya IQ. Hal tersebut ialah keupayaan pembelajaran yang mampu mengasingkan maklumat-maklumat yang diterima”
“Kami uji calon dengan menggunakan temuduga tingkah laku berstuktur (structured behavioral interviews) yang membantu mengesahkan sesuatu jangkaan”
“Melalui temuduga ini, kami mampu mencari pekerja yang bersesuaian dengan matlamat syarikat mengenai kepimpinan. Hal tersebut bukannya seperti memimpin kelab atau persatuan di universiti dan sebagainya, namun keupayaan untuk memimpin apabila diperlukan” ujar Bock.

#1 – Graduan Universiti Terkemuka Kurang Kerendahan Hati

#2 – Mereka Yang Tiada Pendidikan Tinggi Sangat Luar Biasa
Bakat boleh wujud dalam pelbagai cara yang menyebabkan pengurus sesebuah syarikat akan menjadikannya sebagai kelayakan untuk bekerja.
Kata Bock, “Apabila anda memerhatikan mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mereka mampu mencorak jalan kehidupannya, mereka itulah insan yang sangat luar biasa. Oleh itu, syarikat kami seharusnya mengambil orang seperti mereka,”
#3 – Keinginan Untuk Mempelajari Sesuatu Lebih Penting Daripada Kebijaksanaan
Kejayaan dalam pembelajaran di peringkat universiti bukanlah menjadi penanda aras seseorang itu mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan.
“Untuk setiap skop kerja, perkara utama yang dititikberatkan adalah keupayaan pemikiran umum (general cognitive ability) dan bukannya IQ. Hal tersebut ialah keupayaan pembelajaran yang mampu mengasingkan maklumat-maklumat yang diterima”
“Kami uji calon dengan menggunakan temuduga tingkah laku berstuktur (structured behavioral interviews) yang membantu mengesahkan sesuatu jangkaan”
“Melalui temuduga ini, kami mampu mencari pekerja yang bersesuaian dengan matlamat syarikat mengenai kepimpinan. Hal tersebut bukannya seperti memimpin kelab atau persatuan di universiti dan sebagainya, namun keupayaan untuk memimpin apabila diperlukan” ujar Bock.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan