Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di
Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan
antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi
kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam
kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan
jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman
tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.
Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan
kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen
yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan
profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan
kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air
mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula
tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan