Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat
telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas
elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita
sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga
digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak
berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat
yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang
dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh
kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif
dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan
sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja
kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan
lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam
berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,
solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada
proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah
petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini
menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana
solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang
dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak
menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih
sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Professor itu
tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu
malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita
sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan
tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati
bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan
dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri
dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan