1 – Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).
2 – Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa.
3 – Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.
4 – Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh.
5 – Tidak diberi wangian (perfume).
6 – Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7 – Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8 – Bukan pakaian untuk bermegah-megah.
Perintah Menutup Aurat
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ
أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ
آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ
أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ
أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ
غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ
يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ
لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ
جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)
Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)
لا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ
وَلا أَبْنَائِهِنَّ وَلا إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ إِخْوَانِهِنَّ
وَلا أَبْنَاءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلا نِسَائِهِنَّ وَلا مَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ شَهِيدًا
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)
Maksud Hijab:
Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah
seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang
asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun
dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang
diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan
pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan
khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke
dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh
tubuh mereka.
Maksud Khimar:
Lafaz al-Khumru/khumur (ألخمر) yang
termaktub di dalam ayat 31 surah an-Nuur di atas adalah bentuk jama’
dari lafaz khimar (خمار) yang membawa maksud sesuatu yang dapat
menutupi. Maksudnya di sini, adalah merujuk kepada menutupi kepala
(tidak termasuk dada). Atau, ia juga disebut dengan al-Miqna’ (sigular)
atau al-Maqaani’ (jamak/plural) yang membawa maksud tudung (penutup
kepala). Secara lengkapnya (istilah) ia adalah pakaian yang menutup
bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga, dan leher.
Berdasarkan penelitian Syaikh al-Albani,
beliau menyatakan bahawa khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang
nampak darinya, melainkan lingkaran wajahnya. (al-Albani, Jilbab
al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 14)
Manakala sebahagian pendapat yang lain (dari ulama) menyatakan menutup termasuk bahagian wajah/muka.
Maksud Jilbab:
Bentuk jama’ dari kata Jilbab adalah
jalaabib (جلاَبِيب). Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh.
Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada
menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya
(termasuk kaki). (Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak
ditutup/dibolehkan terbuka)
Al-Jauhari berkata: “Jilbab adalah
kain/pakaian yang menutupi seluruh tubuh.” (al-Mishbaahul Muniir fii
Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 372)
Berkenaan ayat 31 Surah an-Nuur
“وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا
ظَهَرَ مِنْهَا” – “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Maksudnya di sini, janganlah kamu
(wanita yang beriman) menampakkan walau satu pun perhiasannya kepada
lelaki ajnabi (yang bukan mahram), kecuali yang tidak dapat
disembunyikan.
Ibnu Mas’oud (radhiyallahu ‘anhu)
berkata: (iaitu) “Selendang dan pakaian”. Maksudnya di sini adalah kain
tutup kepala yang biasa dikenakan oleh wanita arab dan baju yang
menutupi badannya. Tidak mengapa menampakkan pakaian bawahnya.
(al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s.
374-375)
Manakala sebahagian yang lain (pendapat
yang lebih kuat) menyatakan bahawa tidak mengapa menampakkan tapak
tangan (dari pergelangan ke tapak tangan) dan muka/wajah. Syaikh
al-albani menjelaskan berdasarkan riwayat-riwayat yang mutawatir bahawa
“kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” adalah muka/wajah dan tapak
tangan sebagaimana yang biasa berlaku kepada wanita-wanita pada zaman
Nabi dan generasi sahabat. (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii
Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 60)
Begitu juga dengan imam al-Qurthubi yang
menjelaskan bahawa “kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” adalah
muka/wajah dan tapak tangan dan ianya dikuatkan dengan dalil dari hadis
riwayat Abu Daud:
Dari ‘Aisyah, bahawa Asma’ binti Abu
Bakar pernah menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dengan
mengenakan pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
pun berpaling darinya, lalu berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya wanita
itu apabila telah mencapai masa haid, dia tidak sepatutnya
memperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini. Beliau berkata begitu
sambil menunjuk ke wajah dan kedua tapak tangannya. Ini adalah cara yang
paling baik dalam menjaga dan mencegah kerosakan manusia. Maka,
janganlah para wanita menampakkan bahagian tubuhnya, melainkan wajah dan
tapak tangannya. Allahlah yang memberi taufiq dan tidak ada Tuhan (yang
benar) melainkan Dia.” (Tafsir al-Qurthubi, 11/229. Rujuk: al-Albani,
Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 58-59)
Hadis ‘Aisyah yang diriwayatkan oleh Abu
Daud tersebut juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi, 2/226, 7/86.
ath-Thabrani, Musnad asy-Syamiyyin, m/s. 511-512. Ibnu Adi, al-Kamil,
3/1209. Syaikh al-Albani menyatakan bahawa hadis ini mursal sahih dari
jalan Qatadah yang dikuatkan dengan jalan Ibnu Duraik serta Ibnu Basyir.
Rujuk perbahasan selanjutnya berkenaan hadis ini oleh al-Albani, Jilbab
al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 67-68)
“وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى
جُيُوبِهِنَّ” – “Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain
tudung (khimar) ke dadanya,” Maksudnya, kain tudung yang memanjang
melebihi dada sehingga dapat menutupi dada dan tulang dada. Hukum ini
adalah supaya wanita mukmin memiliki perbezaan yang jelas berbanding
dengan wanita-wanita jahiliyyah, kerana wanita-wanita jahiliyyah tidak
pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah tersebut. Menjadi
kebiasaan mereka lalu di hadapan para lelaki dengan menampakkan dada
tanpa ditutupi. Malah, mereka juga menampakkan leher, jambul rambut, dan
anting-anting telinga mereka. Maka, Allah Subhanahu wa Ta’ala pun
memerintahkan kepada wanita-wanita yang beriman supaya menutup diri
mereka di hadapan lelaki ajnabi (yang bukan mahramnya) atau apabila
keluar dari rumah. (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni
Katsir, jil. 7, m/s. 375)
Maka, dengan ini, jelaslah bahawa
wanita-wanita yang beriman (Islam) wajib untuk berhijab (menutup aurat)
dengan mengenakan pakaian menutup seluruh tubuhnya kecuali yang
dibenarkan terbuka (dinampakkan) iaitu muka dan tapak tangan.
Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:
“Wajib bagi seluruh kaum wanita, sama
ada yang merdeka, atau pun yang hamba supaya menutup jilbab ke seluruh
tubuh mereka apabila keluar rumah (atau di hadapan lelaki ajnabi).
Mereka hanya dibolehkan menampakkan wajah dan tapak tangannya sahaja
berdasarkan kebiasaan yang berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa Salam kerana adanya persetujuan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam
terhadap mereka.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa
as-Sunnah, 1412H, m/s. 111)
Wajibkah Menutup Wajah/Muka (Bagi Wanita)?
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Daud di atas, membuka wajah bukanlah suatu yang diharamkan malah
dibenarkan. Memang terdapat sebahagian pendapat yang menyatakan bahawa
menutup wajah adalah wajib (dengan membiarkan hanya mata yang
kelihatan). Maka, terdapat sebahagian wanita yang mempraktikkannya
dengan mengenakan niqab (kain penutup yang menutup wajah dari hidung
atau dari bawah lekuk mata dan ke bawah) atau purdah. Namun, menurut
Syaikh al-Albani rahimahullah, menutup wajah dan kedua tapak tangan itu
hukumnya adalah sunnah dan mustahab sahaja (tidak sampai kepada hukum
wajib). (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah,
1412H, m/s. 12)
Beliau juga menjelaskan bahawa:
“Dapat diambil kesimpulan bahawa
permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah/niqab
atau yang sejenisnya seperti yang dikenakan oleh sebahagian wanita zaman
ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang
memang terdapat di dalam syari’at dan termasuk amalan/perbuatan yang
terpuji walaupun ianya bukanlah suatu hukum yang diwajibkan (ke atas
mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) bererti dia
telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula
tidaklah berdosa.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa
as-Sunnah, 1412H, m/s. 128)
Ini adalah kerana terdapat banyaknya
riwayat-riwayat yang jelas menunjukkan bahawa tidak wajibnya menutup
wajah. Namun, terdapat juga riwayat-riwayat yang lain yang menunjukkan
adanya sunnah terhadap perbuatan menutup wajah (bagi wanita).
Riwayat Yang Menunjukkan Adanya Sunnah Menutup Wajah
Perlu kita fahami bahawa walaupun
perbuatan menutup wajah dan tapak tangan bukanlah suatu perkara yang
diwajibkan bagi wanita, namun perbuatan tersebut ada dasarnya dari
Sunnah, dan ianya juga pernah dipraktikkan oleh para wanita di Zaman
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagaimana yang pernah disabdakan
oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri (maksudnya),
“Janganlah wanita yang ber-ihram itu
mengenakan penutup wajah/muka atau pun penutup/kaos (sarung) tangan.”
(Hadsi Riwayat al-Bukhari, 4/42, dari Ibnu ‘Umar)
Dari hadis ini menunjukkan bahawa
apabila di luar waktu berihram, mereka akan mengenakan penutup wajah dan
tangan. Maka dengan sebab itulah Nabi mengarahkan apabila mereka di
dalam ihram supaya tidak berbuat demikian (menutup wajah dan tangan).
Malah, terdapat banyak hadis yang
menunjukkan bahawa para isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam memakai
niqab (menutup wajah-wajah mereka). Perbuatan menutup wajah juga tsabit
dari banyak atsar-atsar sahabat/tabi’in yang sahih. Ini adalah
sebagaimana beberapa riwayat berikut:
1 – Dari ‘Aisyah, dia berkata:
“Biasanya para pemandu lalu di hadapan
kami yang sedang berihram bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Salam. Maka, jika mereka melewati kami, maka masing-masing dari kami
menjulurkan jilbab yang ada di atas kepala untuk menutup muka. Namun,
apabila mereka sudah berlalu dari kami, maka kami pun membukanya
kembali.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/30. Hadis ini hasan, lihat
al-Irwa’, no. 1023, 1024)
2 – Dari Asma’ binti Abu Bakar, dia berkata:
“Kami biasa menutup wajah kami dari
pandangan lelaki dan sebelum itu kami juga biasa menyisir rambut ketika
ihram.” (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak, 1/545. Disepakati oleh
adz-Dzahabi)
3 – Dari Ashim al-Ahwal, dia berkata:
“Kami pernah mengunjungi Hafshah bin
Sirin (seorang tabi’iyah) yang ketika itu dia menggunakan jilbabnya
untuk menutup wajahnya. Lalu, aku katakan kepadanya, “Semoga Allah
memberi rahmat kepadamu. Allah berfirman: “Dan perempuan-perempuan tua
yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak memiliki
keinginan untuk berkahwin (lagi), bagi mereka tiada dosa menanggalkan
pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan
berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.” (Surah an-Nuur, 24: 60).”
(Atsar Riwayat oleh al-Baihaqi, 7/93)
Berkenaan ayat 60 dari surah an-Nuur
tersebut, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata di dalam tafsirnya, jil.
5, m/s. 445, katanya: “Iaitu pakaian yang jelas tampak, seperti khimar
(penutup kepala) dan sejenisnya yang sebelumnya telah Allah wajibkan
untuk dipakai oleh wanita sebagaimana di dalam ayat “… dan hendaklah
mereka melabuhkan khimar mereka sehingga ke dadanya.”
4 – Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata:
“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Salam meliuhat Syafiyah, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam melihat
‘Aisyah mengenakan niqab (penutup wajah) di dalam sekumpulan para
wanita. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam tahu bahawa itu adalah
‘Aisyah berdasarkan niqabnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/90)
5 – Dari Anas bin Malik (dalam Perang Khaibar):
“…Akhirnya para sahabat pun mengetahui
bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam menjadikannya (Shafiyah)
sebagai isteri. Ini adalah kerana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam
memakaikan khimar kepadanya dan membawanya duduk di belakangnya (di atas
unta). Dan beliau pun menutupkan selendang (pakaian) beliau Shallallahu
‘alaihi wa Salam pada punggung dan wajahnya…” (Lihat: Hadis Riwayat
al-Bukhari, 7/387, 9/105. Muslim, 4/146-147. Ahmad, 3/123, 246, 264)
6 – Dari ‘Aisyah (di dalam peristiwa al-Ifki), dia berkata:
(ketika di dalam suatu perjalanan
perperangan, ‘Aisyah tertinggal dalam satu persinggahan) katanya, “… aku
berharap kumpulan prajurit akan menyedari bahawa aku tidak ada di dalam
tandu dan segera akan kembali mencariku (yang tertinggal). Ketika aku
duduk di perkhemahanku itu, aku terasa mengantuk lalu aku pun tertidur.
Ketika itu, Shafwan bin Mu’aththal
as-Sulaimi adz-Dzakwani juga mengalami nasib yang sama, tertinggal dari
rombongan prajurit. Dia pun berjalan menghampiri perkhemahanku dan
melihat dari kegelapan ada sekujur tubuh manusia yang sedang tertidur.
Dia pun menghampiriku. Dan dia mengenaliku, kerana dia pernah melihatku
sebelum turun ayat hijab. Ketika dia tahu bahawa yang tertidur itu
adalah aku, dia pun berteriak istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi
raji’un). Teriakan tersebut membuatkanku terjaga dari tidur dan aku
cepat-cepat menutup wajahku dengan jilbab…” (rujuk di dalam Tafsir Ibnu
Katsir di bawah penafsiran Surah an-Nuur, 24: 11. Sirah Ibnu Hisyam,
3/309. Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/194-197. Muslim, 8/133-118)
Riwayat Yang Menunjukkan Dibolehkan Membuka Wajah Dan Tapak Tangan
1 – Dari Imran bin Hushain, katanya:
“Suatu ketika aku pernah duduk bersama
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tiba-tiba Fatimah datang, lalu
berdiri di hadapan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Aku memandang ke
arahnya. Di wajahnya terdapat darah yang kekuning-kuningan…”(Hadis
Riwayat Ibnu Jarir, at-Tahzib (Musnad Ibnu Abbas), 1/286, 481)
2 – Dari Abu Asma’ ar-Rabi’, dia
menyatakan bahawa pernah mengunjungi Abu Dzar al-Ghifari yang ketika itu
sedang berada di Rabdzah, yang di sampingnya ada isteri yang berkulit
hitam… (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/159)
3 – Dari Urwah bin Abdullah bin Qusyar,
dia pernah mengunjungi Fathimah binti Abu Thalib. Dia berkata, “Aku
melihat di tangan Fathimah terdapat gelang tebal, yang pada tiap-tiap
tangannya terdapat dua gelang.” Dia berkata lagi, “Dan aku juga melihat
ada cincin di tangannya…” (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/366. Shahih
menurut Syaikh al-Albani)
4 – Dari Mu’awiyah, dia berkata:
“Aku pernah bersama ayahku mengunjungi
Abu Bakar. Aku melihat Asma’ berdiri dekat dengannya, dan Asma’
kelihatan putih (wajahnya). Lalu aku melihat Abu Bakar. Ternyata dia
adalah seorang lelaki yang putih dan kurus.” (Hadis Riwayat
ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1: 10/25)
5 – Dari ‘Aisyah, katanya:
“Kami para wanita mukminah biasanya
menghadiri solat Subuh bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam dengan
mengenakan kain yang tidak berjahit. Kemudian para wanita tadi pulang ke
rumahnya sebaik sahaja melaksanakan solat. Mereka tidak dapat dikenali
disebabkan gelap.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim. Lihat juga
Shahih Sunan Abi Daud, no. 449)
Daripada hadis tersebut, para wanita
tidak dapat dikenali diakibatkan oleh keadaan yang gelap. Sekiranya
tidak gelap, sudah tentu mereka dapat dikenalpasti. Ini menunjukkan
bahawa mereka tidak mengenakan penutup wajah yang mana mereka boleh
dikenali.
6 – Dari Ibnu Abbas dia berkata:
“Pernah seorang wanita solat di belakang
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam (di saf wanita). Dia seorang
wanita yang sangat cantik dan secantik-cantik wanita…” (Hadis Riwayat
al-Hakim. Sahih, disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat juga, Silsilah
al-Ahadis as-Sahihah, no. 2472)
Malah, bolehnya membuka wajah bagi wanita tersebut juga turut didukung oleh firman Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri,
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” (Surah an-Nuur, 24: 30)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
berkata kepada Ali, “Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan
pertamamu dengan pandangan yang berikutnya. Sesungguhnya hak kamu adalah
pandangan yang pertama itu sahaja.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 1/335.
Hadis hasan menurut Syaikh al-Albani)
Dari Jarir bin Abdullah, dia berkata:
“Aku pernah berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
berkenaan pandangan sekilas (pandangan pertama). Beliau meemrintahkanku
supaya segera memalingkan pandangan tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim,
6/182)
Kesimpulan dari firman Allah dan hadis
tersebut adalah, sekiranya wanita tersebut menutup wajah-wajah mereka,
mengapa perlu untuk menundukkan pandangan? Dengan ini, ia menunjukkan
bahawa pada wanita itu ada bahagian yang terbuka dan memungkinkan untuk
dilihat.
Malah berdasarkan hadis tersebut,
sekiranya wajah wajib ditutup, sudah tentu bukan sahaja Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Salam memerintahkan kaum lelaki memalingkan wajahnya, tetapi
juga beliau akan memerintahkan wanita untuk mengenakan penutup wajah.
Ciri-ciri Pakaian Wanita Yang Beriman
1 – Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa (tabarruj):
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan hendaklah kamu (isteri-isteri Nabi)
tetap di rumahmu serta janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah
laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-ahzaab, 33:
33)
Wanita-wanita diperintahkan supaya
tinggal di rumah, namun tetap dibenarkan untuk keluar rumah dengan
alasan yang dibenarkan oleh Syara’.
Muqatil bin Hayyan menyatakan berkenaan
firman Allah (maksudnya), “janganlah kamu berhias (tabarruj) dan
bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu” bahawa yang
dimaksudkan dengan tabarruj adalah meletakkan tudung di atas kepala
tanpa menutup bahagian leher, sehingga kalung-kalung mereka,
anting-anting, dan leher mereka dapat dilihat. Qatadah berkata, “Apabila
kaum wanita keluar rumah, mreka gemar berjalan dengan lenggang-lenggok,
lemah gemalai, dan manja. Maka Allah melarang semua itu. (al-Mishbaahul
Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 279)
Menurut Syaikh al-albani rahimahullah:
“Tabarruj adalah perbuatan wanita
menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang
sewajibnya ditutup dan disembunyikan kerana boleh membangkitkan syahwat
klelaki. Dengan itu, maksud asal perintah menutup aurat adalah supaya
kaum wanita menutup perhiasaannya (yang memiliki daya tarikan). Atas
sebab itulah, maka tidak masuk akal sekiranya jilbab yang bertujuan
menutup tubuh (aurat/perhiasan) itu pula menjadi pakaian untuk
berhias/melawa sebagaimaan yang sering kita temui zaman ini.”
(al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H,
m/s. 133)
2 – Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Pada akhir zaman nanti ada wanita dari
kalangan umatku yang berpakaian, namun sebenarnya mereka telanjang. Di
atas kepala mereka seperti terdapat punggung unta. Kutuklah mereka itu,
kerana sebenarnya mereka adalah wanita-wanita yang terkutuk.” (Hadis
Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, m/s. 232. Rujuk Silsilah
al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1326)
Ibnu Abdil Barr berkata: “Apa yang
dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam adalah para wanita
yang mengenakan pakaian yang tipis sekaligus menggambarkan bentuk
tubuhnya…” (as-Suyuti, Tanwir al-Hawalik, 3/103)
Dari Abdullah bin Abu Salamah, bahawa
‘Umar al-Khaththab pernah membahagikan baju qibthiyah (jenis pakaian
mesir yang tipis berwarna putih) kepada masyarakat, kemudian dia
berkata, “Janganlah kamu pakaikan baju-baju ini kepada isteri-isteri
kamu!” Kemudian ada seseorang yang menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku
telah memakaikannya kepada isteriku, dan telah aku perhatikan dari arah
depan serta belakang, yang ternyata pakaian tadi tidaklah termasuk
pakaian yang tipis.” Maka ‘Umar pun menjawab, “Sekalipun tidak tipis,
namun pakaian tersebut masih tetap menggambarkan bentuk tubuh.” (Atsar
Riwayat al-Baihaqi, 2/234-235)
Dari Syamiyah, dia berkata: “Aku pernah
mengunjungi ‘Aisyah yang mengenakan pakaian siyad, shifaq, khimar, serta
nuqbah yang berwarna kuning.” (Atsar Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/70)
Siyad: adalah pakaian campuran sutera yang tebal.
Shifaq: adalah pakaian yang tebal dan begitu baik mutu tenunannya.
Nuqbah: adalah seluar yang tebal kainnya dan bermutu.
Maka, dengan itu hendaklah pakaian yang
dikenakan bersifat tebal dan tidak tipis. Sekaligus tidak menggambarkan
bentuk tubuh dan menampakkan warna kulit serta apa yang wajib
disembunyikan (ditutup).
3 – Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh
Usamah bin Zaid berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
pernah memberikan kepadaku baju qibthiyyah yang tebal hadiah dari
Dihyah al-Kalbi. Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa Salam bertanya kepadaku, “Mengapa engkau tidak
pernah memakai baju qibthiyyah?” Aku memberitahunya, “Baju tersebut aku
pakaikan kepada isteriku.” Beliau lantas berkata, “Perintahkan isterimu
supaya memakai baju dalam ketika mengenakan baju qibthiyyah tersebut,
kerana aku bimbang baju tersebut masih dapat menggambarkan bentuk
tubuhnya.” (Hadis Riwayat Adh-Dhiya’ al-Maqdisi, al-Ahadis al-Mukhtarah,
1/441. Ahmad, 5/205. Hadis ini memiliki penguat di dalam Riwayat Abu
Daud, no. 4116 sehingga menjadikannya hasan)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam
menjelaskan sebab larangan memakai baju qibthiyyah bagi wanita adalah
kerana kebimbangan beliau bahawa baju tersebut masih dapat menggambarkan
bentuk tubuh.
Jika kita perhatikan, bukankah pakaian tersebut tebal, jadi apa gunanya mengenakan pakaian dalam untuk masa yang sama?
Maka, perlulah kita fahami bahawa baju
qibthiyyah tersebut walaupun tebal, namun ia masih boleh menggambarkan
bentuk tubuh, kerana dia memiliki sifat lembut dan lentur (melekat) di
tubuh seperti pakaian yang terbuat dari sutera atau tenunan dari bulu
kambing yang dikenali pada zaman ini. Dengan sebab itulah, Rasulullah
memerintahkan isteri Usamah supaya memakai pakaian dalam supaya bentuk
tubuhnya dapat dilindungi dengan baik.
Dari Ummu Ja’far bintu Muhammad bin Ja’far, bahawa Fathimah binti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah berkata:
“Wahai Asma’, sesungguhnya aku memandang
buruk seorang wanita yang mengenakan pakaian tetapi masih menggambarkan
bentuk tubuhnya.” (Atsar Riwayat abu Nu’aim, al-Hilyah, 2/43.
al-Baihaqi, 6/34-35)
4 – Tidak Diberi Wangian (perfume)
Dari Abu Musa al-Asy’ary, dia berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan
kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya,
maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i,
2/283. Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, 2786. Ahmad, 4/400. Menurut
al-Albani, hadis ini hasan)
“Alasan dari larangan tersebut dapat
dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki).
Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti
memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan
bercampur baur dengan kaum lelaki.” (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul
Bari, 2/279. Lihat Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2,
m/s. 151)
Dari Abu Hurairah, dia berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
pernah bersabda: “Wanita yang memakai bakthur (sejenis pewangi untuk
pakaian), janganlah solat ‘isya’ bersama kami.” (Lihat Silsilah
al-Ahadis ash-shahihah, no. 1094)
Dari Zainab ats-Tsaqafiyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Jika salah seorang wanita di antara
kamu hendak ke masjid, maka janganlah sekali-kali dia memakai
wangi-wangian.” (Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:
“Apabila perkara tersebut diharamkan
bagi wanita yang hendak ke masjid, maka apatah lagi bagi wanita yang
bukan ke masjid seperti ke pasar dan seumpamanya? Tidak diragukan lagi
bahawa perkara tersebut lebih haram dan lebih besar dosanya.”
(al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H,
m/s. 151)
Al-Haitsami rahimahullah menjelaskan:
“Sesungguhnya keluarnya seseorang wanita
dari rumahnya dengan mengenakan wangi-wangian dan perhiasan adalah dosa
besar, walaupun suaminya memberi izin padanya.” (al-Haitsami,
az-Zawaajir, 2/37. Lihat Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil.
2, m/s. 151)
5 – Tidak menyerupai pakaian lelaki
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai
pakaian lelaki.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 2/182. Ibnu Majah. 1/588,
Ahmad. 2/325. Sanad Hadis ini Sahih)
Dari Ibnu abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam
melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai
lelaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/274)
Batas larangan yang dimaksudkan oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita
dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa
yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang
biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya
merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan
wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat
menurut kaedahnya. (Lihat juga: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh
Wanita, jil. 2, m/s. 152)
Di antara contoh perbuatan kaum wanita
pada masa ini yang menyerupai kaum lelaki di dalam berpakaian adalah
mereka memendekkan kain-kain atau pakaian-pakaian mereka sehingga
mengakibatkan tersingkapnya kaki dan betis-betis mereka. Malah lebih
parah sehingga peha-peha mereka menjadi tontonan umum.
Persoalan ini dapat kita fahami dengan baik melalui hadis yang berikut ini:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (melebihi mata kaki/buku
lali) dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari
Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang
harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun
menyatakan: “Sekiranya mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari
tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya
sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda
menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari
itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no.
5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad,
2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82.
Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)
Melalui hadis ini, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkan supaya para wanita melabuhkan
kain-kain atau pakaian mereka sehingga tertutupnya betis dan kaki
mereka.
Namun, apa yang berlaku pada masa ini
adalah sebaliknya. Di mana, telah banyak tersebar dan diketahui secara
umum bahawa begitu ramai sekali kaum lelaki yang gemar melabuhkan
pakaiannya sehingga menyentuh tanah atau melabuhkannya dengan melepasi
paras mata kaki (buku lali), namun berlaku sebaliknya pula kepada kaum
wanita di mana mereka pula banyak berpakaian seakan-akan tidak cukup
kain. Iaitu dengan mendedahkan aurat kepalanya (tidak bertudung),
memakai pakaian ketat dan malah memendekkan kainnya atau seluarnya
sehingga tersingkap betis-betis mereka.
Bukankah ini sudah menunjukkan suatu
perkara yang terbalik berbanding sebagaimana yang dikehendaki oleh
syari’at? Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar
kaum lelaki supaya tidak ber-isbal (tidak melabuhkan pakaiannya melebihi
buku lali), dan memerintahkan agar kaum wanitanya melabuhkan kain
sehingga sejengkal melebihi buku lali.
Maka, tidak syak lagi, bahawa perkara
ini juga tergolong di dalam suatu bentuk penyerupaan di antara satu
jantina dengan jantina yang lain dalam berpakaian dan bertingkah laku.
Ini hanyalah sebagai contoh, malah
banyak lagi contoh yang lainnya (bagi lelaki yang menyerupai wanita)
seperti lelaki yang mengenakan sutera sebagai pakaian yang mana ia
adalah pakaian yang diharamkan kepada lelaki tetapi diharuskan bagi
wanita. Begitu juga dalam persoalan memakai emas, anting-anting, dan
seumpamanya.
Dan bagi wanita yang menyerupai lelaki
adalah mereka mengenakan pakaian seluar yang ketat, berseluar pendek,
tidak mengenakan tudung, memakai baju yang menampakkan lengan-lengan
mereka dan seumpamanya.
6 – Tidak Menyerupai Pakaian Wanita Kafir (Tasyabbuh)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Adakah belum datang waktunya bagi
orang-orang yang beriman, untuk hatinya tunduk mengingat Allah dan
kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka
seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab
kepada mereka, kemudian berlalulah masa yang panjang ke atas mereka
sehinggalah hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka
adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hadid, 57: 16)
Ibnu Katsir menjelaskan berkenaan ayat
ini dengan katanya: “Oleh kerana itu, Allah Ta’ala melarang orang-orang
yang beriman menyerupai mereka (orang-orang yahudi) sama ada dalam
perkara aqidah atau pun perkara-perkara fiqh.
Beliau juga menjelaskan (di bawah penafsiran al-Baqarah, 2: 104):
“Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya
yang beriman menyerupai orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu
pun perbuatan mereka.” (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni
Katsir, jil. 1, m/s. 364)
Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Sesiapa yang menyerupai suatu kaum,
maka dia termasuk dari golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih
menurut Syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’, no. 6149)
Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:
“Di dalam syari’at Islam telah
ditetapkan bahawa umat Islam, sama ada lelaki atau pun perempuan, mereka
tidak dibenarkan bertasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir, sama ada
dalam persoalan ibadah, hari perayaan, dan juga berpakaian terutamanya
yang merujuk kepada pakaian-pakaian khas agama mereka. Ini adalah
merupakan prinsip yang asas di dalam agama Islam, yang sayangnya telah
banyak diabaikan oleh umat Islam zaman sekarang” (al-Albani, Jilbab
al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 176)
Di dalam sebuah hadis, ia menjelaskan
bahawa Rasulullah mengharamkan kepada kita memakai pakaian yang
merupakan pakaian orang-orang kafir.
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, dia berkata,
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melihatku memakai dua pakaian
yang diwarnai dengan warna kuning (yang menyerupai pakaian kebiasaan
orang kafir), maka beliau pun berkata:
“Sesungguhnya ini adalah pakaian
orang-orang kafir, maka janganlah engkau memakainya”.” (Hadis Riwayat
Muslim, no. 2077. an-Nasa’i 2/298. Ahmad, 2/162)
Dari Ali radhiyallahu ‘anhu: “Janganlah
kamu memakai pakaian para pendeta (seperti paderi, brahma, sami). Kerana
sesungguhnya sesiapa yang mengenakan pakaian seumpama itu atau
menyerupai mereka, maka dia bukan termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat
ath-Thabrani, al-Ausath)
Jika kita mahu mengambil contoh pada
zaman sekarang, kita boleh melihat terdapat sebahagain umat Islam yang
menggayakan/mengenakan pakaian sari (milik mereka yang beragama hindu),
memakai pakaian Santa Claus (milik orang Kristian), dan juga memakai
pakaian sami yang berwarna kuning, dan seumpamanya.
Dalam persoalan tasyabbuh ini
sebagaimana yang dijelaskan, ia tidaklah terhad dalam persoalan
berpakaian, malahan bersifat umum dan menyeluruh. Jika kita lihat
hadis-hadis dalam persoalan tasyabbuh ini, ia turut menunjukkan betapa
Nabi menegaskan larangan menyerupai orang-orang kafir dalam soal ibadah
seperti solat, puasa, haji, jenazah, makanan, dan seterusnya.
Contoh Larangan Tasyabbuh Dalam Ibadah Solat:
1 – Nabi melarang menggunakan loceng dan
trompet bagi menunjukkan masuknya waktu solat dan menyeru orang
menunaikan solat. Beliau menjelaskan perbuatan tersebut menyerupai kaum
Nasrani dan Yahudi. (Lihat Sahih Sunan Abi Daud, no. 511)
2 – Nabi melarang menunaikan solat
ketika terbit matahari sehinggalah bermula naiknya matahari. Begitu juga
di waktu terbenamnya matahari. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu
orang-orang kafir beribadah. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, 2/208-209)
3 – Dilarang menunaikan solat di atas
kubur dan menjadikan kuburan sebagai masjid. Ini adalah kerana
orang-orang kafir sebelum mereka menjadikan kuburan sebagai masjid.
(Rujuk Hadis Riwayat Muslim, 2/67-68)
Contoh Larangan Tasyabbuh Ketika Berpuasa:
1 – Nabi memerintahkan supaya bersahur
untuk berpuasa supaya membezakan dengan puasa ahli kitab yang berpuasa
tanpa bersahur. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, 3/130-131)
Larangan Tasyabbuh Dalam Urusan Sembelihan Haiwan:
1 – Nabi melarang menyembelih haiwan
dengan menggunakan kuku kerana kuku adalah pisau sembelihan orang-orang
Habasyah. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/513-517, 553)
Larangan Tasayabbuh Dalam Penampilan:
1 – Nabi memerintahkan supaya
menyelisihi orang-orang musyrik dengan cara merapikan misai, dan
membiarkan janggut tumbuh panjang (jangan dicukur). (Rujuk Hadis Riwayat
al-Bukhari, 10/288)
Larangan Tasyabbuh Dalam Persoalan Adab:
1 – Nabi melarang memberi salam seperti
orang Yahudi, iaitu mereka memberi salam dengan kepala, tapak tangan,
dan isyarat. (Lihat Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1783)
2 – Nabi memerintahkan supaya menjaga
kebersihan halaman rumah dan jangan membiarkan ia dipenuhi sampah sarap.
Kerana perbuatan mebiarkan sampah sarap di halaman rumah adalah
perbuatan orang-orang Yahudi. (Rujuk Hadis Riwayat ath-Thabrani,
al-Ausath, 11/2)
Maka, dengan penjelasan tersebut, kita
perlu berusaha supaya menyelisihi orang-orang kafir terutamanya dalam
persoalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam.
Kerana Allah berfirman,
“Kamu tidak akan mendapati kaum yang
beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan
orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang
itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga
mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam
hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang
daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap
mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya.
Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah
itu adalah golongan yang beruntung.” (Surah al-Mujadilah, 58: 22)
7 – Bukan Pakain Untuk Bermegah-megah (Menunjuk-nunjuk)
Dari Ibnu ‘Umar, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:
“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah
(kebanggaan), maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari
Kiamat kemudian membakarnya dengan Api Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud,
2/172, no. 4029)
Pakaian syuhrah adalah pakaian yang
dipakai dengan tujuan supaya terkenal di mata orang kebanyakan, sama ada
pakaian yang sangat berharga yang dipakai dalam rangka tujuan berbangga
(mencari populariti) di dunia dan perhiasannya atau pakaian yang lusuh
dengan tujuan menampakkan sifat kezuhudan dan menarik perhatian. (Lihat:
Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 153)
Hukum Menutup Kaki Bagi Wanita
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (melebihi mata kaki/buku
lali) dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari
Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang
harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun
menyatakan: “Sekiranya mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari
tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya
sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda
menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari
itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no.
5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad,
2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82.
Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)
Berdasarkan hadis ini, bahawa wanita
perlu (wajib) menutup kaki-kaki mereka termasuklah betis-betis mereka
iaitu dengan melabuhkan kain-kain mereka sebanyak satu hasta (lebih
kurang satu kaki) dari pertengahan betis mereka.
Malah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Salam mebenarkan pakaian wanita terseret di atas tanah bagi tujuan
menutup kaki-kaki mereka. (Lihat penjelasannya oleh Ibnu Taimiyah di
dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s.
166, al-Albani)
Berkenaan hadis tersingkapnya
gelang-gelang kaki wanita di dalam perang Uhud, iaitu sebagaimana hadis
daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:
“Ketika waktu perang Uhud, kaum muslimin
berada dalam keadaan kucar-kacir meninggalkan Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa Salam, sedangkan abu Thalhah berdiri di hadapan beliau Shallallahu
‘alaihi wa Salam melindungi dengan perisai dari kulit miliknya. Aku
lihat ‘Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim berjalan tergesa-gesa. Aku
melihat gelang-gelang kaki mereka ketika keduanya melompat-lompat
sambil membawa bekas air di pinggangnya dan menuangkan bekas air
tersebut ke mulut-mulut kaum muslimin…” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
7/290. Muslim, 5/197)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:
“Siatusi tersebut terjadi sebelum turunnya ayat perintah menutup aurat
(ayat hijab). (Dalam keadaan seperti itu) Mungkin juga ia terjadi tanpa
mereka sengajakan.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi
wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 166)
Oleh: Fiqh Sunnah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan