Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua
cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat
sehingga lebih satu pertiga.
Minum teh dengan kerap juga menurunkan
risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum
kurang sekali seminggu.
Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di
Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat
penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang
37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari
berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara
sederhana dan tidak minum langsung.
Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.
Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan
setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya –
bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.
Risiko itu meningkat dengan usia, dengan
lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan
ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi
faktor utama dalam perkembangan penyakit.
Pada masa sama, ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.
Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di
Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat
penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang
37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari
berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara
sederhana dan tidak minum langsung.
Begitupun, penyelidik mengakui mereka
tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor risiko, atau peminum
berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.
Dalam kajian terbaru, pengkaji
Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada barah prostat
dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan minuman
mereka.
Kajian dilakukan ke atas penduduk lelaki
di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih popular. Cuma satu
dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh sehari,
berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.
Hasil kajian disiarkan jurnal Cancer
Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh sehari seperti
mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan