Sekiranya anda gemar membuang bulu ari
pada bahagian sulit menerusi teknik cukur, cabut atau melilin, anda
perlu lebih berhati-hati kerana kajian terkini mendapati teknik itu
meningkatkan risiko penyebaran sejenis ketuat dikenali sebagai
‘molluscum contagiosum virus’ (MCV).
Kajian diketuai pakar kulit dari Hospital Archet di Nice, Perancis, Dr Francois Desruelles, mendapati kira-kira 93 peratus daripada pesakit MCV, yang menemuinya, mengaku kerap membuang roma menerusi teknik cukur, melilin atau mencabut rerambut pada bahagian sulit mereka.
Wanita paling ramai
Kajian dilakukan antara Januari 2011
hingga Mac 2012 itu melihat kaitan antara pembuangan roma pada bahagian
kemaluan dan kaitannya terhadap jangkitan MCV.
Katanya, daripada 30 kes jangkitan, enam
adalah wanita. Tahap jangkitan bukan saja setakat bahagian kemaluan,
sebaliknya merebak hingga ke paha dan abdomen.
“MCV, sama seperti virus cacar, menyebar
dengan cara hubungan antara kulit dengan perantaraan barang yang
dipakai termasuk pakaian, atau menerusi hubungan seksual. Virus ini
menyebabkan bintik kecil berair.
“Ia bagaimanapun tidak menyakitkan dan sering kali hilang tanpa melalui proses pengubatan serius,” katanya.
Risiko jangkitan
Teknik buang roma menerusi lilin dan
cukur lebih digemari berbanding laser kerana ia dipercayai lebih murah,
justeru lebih digemari walaupun pengguna menyedari ia meningkatkan
risiko jangkitan lain akibat luka dan bahagian terdedah.
Teknik membuang roma pada bahagian itu
tiada kena mengena dengan kesihatan, sebaliknya hanya memenuhi tuntutan
bergaya atau ‘kelihatan’ lebih kemas apabila mengenakan baju mandi.
Teknik berkenaan popular kalangan wanita muda remaja.
Bagi yang berkemampuan, rawatan laser
untuk menghilangkan bulu roma adalah pilihan utama. Namun, menggunakan
pencukur atau krim kerap menjadi pilihan kerana lebih mudah, biarpun ia
hanya bertahan dalam tempoh kurang sebulan, sebelum roma tumbuh kembali.
Mudah merebak
Ketua Jabatan Dermatologi, University of
Mississippi Medical Center, Dr Robert T Brodell menjelaskan, penyebaran
mudah berlaku menerusi teknik mencukur, apabila peralatan digunakan
mungkin dikongsi dengan pelanggan lain.
“Kesan luka tidak kelihatan memudahkan
jangkitan. Malah, boleh menjangkiti pasangan sekiranya melakukan
hubungan kelamin,” katanya.
Sementara itu Perunding Obstetik dan
Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, (PPUKM) Prof
Madya Dr Nur Azurah Abdul Ghani, berkata disebabkan MCV mudah merebak,
orang ramai dan pengusaha pusat penjagaan kecantikan yang menawarkan
perkhidmatan seumpama itu, dinasihati menjaga kebersihan peralatan
ketika digunakan dalam membuang roma.
“Kita mungkin tidak perasan mengenai
luka yang terjadi pada bahagian dicukur. Jangkitan lebih mudah merebak
apabila individu melakukan hubungan seksual,” katanya.
Bagaimanapun katanya gangguan berkenaan
tidak menyebabkan penyakit serius dan tidak berhubungan dengan kutil
kelamin, yang disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Namun, orang
dewasa dijangkiti MCV pada alat kelamin harus disaring kerana ia
kemungkinan ada penyakit lain berkaitan.
Untuk orang dengan sistem kekebalan
tubuh yang normal, MCV boleh sembuh tanpa pengubatan dalam tempoh enam
hingga setahun, meskipun kadang-kadang melarat hingga bertahun-tahun.
Pesan Dr Nur Azurah, walaupun MCV tidak
merbahaya dan hanya memerlukan pengubatan sederhana, tetapi ia
meninggalkan rasa tidak selesa dan tidak cantik.
MCV boleh dirawat menerusi teknik buang atau ‘scraping’; pembekuan atau laser.
INFO: Molluscum contagiosum
* Molluscum contagiosum (MCV) adalah kesan jangkitan virus relatif umum pada kulit yang sering menjangkiti kanak-kanak. Jangkitan dapat dilihat menerusi benjolan berair. Ia sebenarnya boleh hilang dengan sendirinya.
* Bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila MCV pecah disebabkan tergores atau terluka kerana ia boleh menjangkiti bahagian lain sekitarnya.
* Sungguhpun MCV kerap dialami kanak-kanak, orang dewasa tidak terkecuali.
* Kalangan orang dewasa MCV cenderung tumbuh pada bahagian sulit. Ia juga dianggap punca jangkitan berkaitan aktiviti seksual, kerana orang dewasa lebih terdedah melakukan hubungan kelamin.

Punca:
Jangkitan berlaku disebabkan virus molluscum contagiosum, iaitu anggota dari keluarga poxvirus. Virus ini menyebar dengan mudah melalui:
1. Hubungan langsung antara kulit ke kulit.
2. Hubungan langsung dengan sesuatu yang sudah dijangkiti virus seperti alat mainan dan pemegang pintu.
3. Hubungan seksual dengan pasangan yang sudah pun dijangkiti.

Ciri-ciri:
1. Kecil dengan diameter antara 2 hingga 5 milimeter (mm).
2. Ada lekuk lekuk kecil atau titik di atasnya
3. Kadangkala kelihatan kemerah-merahan akibat radang.
4. Pada anak-anak, ia biasa muncul pada bahagian leher, ketiak, tangan dan lengan.
5. Pada orang dewasa, ia muncul pada bahagian kelamin dan kawasan sekitarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan