Kenapa kita digalakkan belajar
menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya
bukan? Sama ada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan?
benarkah?
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
BERKUDA
Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat
di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang
manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan
berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan
vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam
keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah
diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti
gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota iaitu tulang rangka,
otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem
saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah
geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk
menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari
mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks
luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab
terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’
kuda.
“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah,
kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang
disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya,
kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda
syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat
pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh
manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk
memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
BERENANG
Semasa berenang, mental, fizikal, segala
otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang
berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain
meransang stamina (sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang
dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga
memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
MEMANAH
Memanah melatih emosi untuk meletakkan
‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti
sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih
kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak
tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik.
Memanah sangat menitikberatkan
keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya,
kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat
membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan
disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu
yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah
melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus
belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya
kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam
mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak
tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih
boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah
berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan
busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten
Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan