“Haa? Kenapa?”
“Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat.”
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar
jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat
menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki.
Bayangkanlah, pasangan hidup yang
dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti
kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang
remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut
di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang
berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang
bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang
bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata
kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi
dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan
pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama
tetap mendedahkan aurat
Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل
لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ
مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Faktor inilah yang menyebabkan
lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon
isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan
berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang
‘bertudung tapi mendedahkan aurat’. Kemungkinan besar, permintaan wanita
itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang
langsung tidak bertudung? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah
mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah
pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke
tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang
sejauh-jauhnya.
“Cerewet sungguh orang-orang mukmin!”
Ya.. memang cerewet! Hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih?
Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih
yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin
kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih
baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang
mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan
berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada
Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau
memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua;
“Wanita dinikahi kerana empat perkara;
kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya
dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau
beruntung.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para
sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami,
Rasulullah SAW menjawab,
” Wanita yang menyenangkannya ketika
dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak
mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati
hartanya pada perkara yang dibenci.”
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih
mendedahkan aurat di khalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius
menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan
ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi
calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.
“Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia
ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara
sempurna, apa boleh buat.. memilih-milih pun tiada guna.”
Ya.. jodoh memang sudah ditentukan oleh
Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana
hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh
atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT.
Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah
mengecewakan hamba-Nya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan
berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang
tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga.
Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
- Artikel iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan