Rambut anda mula ditumbuhi uban? Baca Tips Mencegah Rambut Beruban Di Sini…
Uban rambut tidak tumbuh dengan sendirinya. Ia tumbuh disebabkan adanya perubahan warna daripada pigmen rambut yang dikenali sebagai melanin. Penyebab rambut beruban adalah kerana sel-sel di folikel rambut yang dikenali sebagai ‘melanosit’ berhenti mengeluarkan pigmen. Folikel kehilangan semua pigmen akhirnya akan membuatkan rambut menjadi putih secara keseluruhannya.
Berikut beberapa tips mencegah rambut beruban yang boleh anda cuba.
1.Gunakan Produk Rambut Yang Ringan
Jangan menggunakan minyak rambut, wax rambut serta serum rambut yang
terlalu “berat”. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk
tersebut boleh menutupi kemilau rambut perang ada sehingga membuatnya
kelihatan seperti berdebu.
2.Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Salah satu faktor timbulnya uban di kepala ialah kerana anda
kekurangan vitamin B12 dan Omega-3.Untuk mengatasi masalah uban,
perbanyaklah makan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti telur,
keju, daging lembu, pisang dan ikan.
3.Yogurt
Campurkan satu gram lada hitam atau serbuk
kopi dengan 100 gram yogurt tanpa gula. Setelah itu, lumur secara lembut
ke kulit kepala dan rambut. Kemudian, biarkan seketika selama satu jam,
setelah itu cuci dengan air suam dan syampu.Lakukanya secara rutin pada
setiap minggu dan anda akan mendapat hasil yang baik.
4.Lumur Kepala Dengan Jus Labu
Campuran jus labu dan minyak bijan atau minyak zaitun boleh membantu
rambut menjadi lebih sihat, berkilau dan tebal. Selain itu anda boleh
mencegah rambut beruban dengan menggunakan daun teh. Saring teh, dan
campur daun teh dengan satu senduk teh garam. Letakkan pada kepala dan
rambut selama satu jam dan kemudian cuci dengan air. Lakukan setiap hari
selama 10 hari maka rambut anda akan bebas daripada masalah uban!
5.Makan Makanan Berprotein
Tambah pengambilan protein anda melalui gandum,kacang, daging, ikan
dan ayam. Vitamin A dan B serta mineral besi dan zinc sangat berguna
untuk melawan uban. Sementara itu, kubis bunga, kubis, yogurt, hati,
daging lembu dan almond memberikan zat yang diperlukan rambut.
Pengambilan protein membuatkan tekstur rambut kembali
bersinar,semulajadi dengan baik dan dapat mengembalikan pigmen dan
menghilangkan uban.Take Note!
Hindari Cabut Uban
Mencabut uban bukanlah jalan terbaik untuk mengurangkan uban. Semua itu hanya sementara sahaja,kerana mencabutnya seolah-olah anda sengaja memancing uban untuk tumbuh dengan lebih banyak lagi. Mencabut uban juga boleh menganggu saraf yang mengeluarkan warna rambut.
Follow us: Gempak.org on Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan