Selasa, 31 Januari 2017

Selam Skuba Dan Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Melakukannya

Tidak dapat dinafikan kebanyakan orang masa kini terutama berumur lingkungan 18-30 tahun mempunyai bucket list. Ia menyenaraikan perkara-perkara yang ingin dilakukan sebelum kahwin ataupun umur tertentu bagi mencipta satu pengalaman baru yang lain daripada kehidupan biasa. Darah muda kan. Adrenaline pumping hard gitu!
Adakah anda pernah berfantasi untuk terapung dan bergerak bebas tanpa ada tarikan graviti seperti di angkasa lepas? Tapi tertangguh kerana agak mustahil untuk dicapai apabila harga pakej yang begitu mahal?
Jangan kecewa terlalu awal kerana ada alternatif lain yang boleh memberikan pengalaman hampir sama dengan pengalaman zero-gravity dalam space travel iaitu selam skuba (scuba diving). Saya yakin salah satu perkara yang ada di dalam bucket list ialah mengalami selam skuba.

Dalam selam skuba anda boleh bergerak bebas di apungan dan berinteraksi secara terus dengan hidupan laut yang menarik seperti penyu, ikan jerung, batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai spesis ikan lain.
Selaman skuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan oleh penyelam dengan memakai set peralatan khas yang membekalkan bekalan udara agar penyelam dapat kekal lama dalam air pada paras kedalaman tertentu.
SCUBA itu sendiri ialah ringkasan bagi perkataan “Self Contained Underwater Breathing Apparatus” yang bermaksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri.
Jadi, inilah perkara yang anda perlu tahu tentang selam skuba sebelum mahu mencubanya.

1. Adakah Ada Oksigen Dalam Tangki Skuba

Image result for scuba tank

Di dalam tangki skuba itu mengandungi udara atmospheric yang kita sedut di udara sekeliling tetapi ditapis dan dehumidified serta dimampatkan ke dalam tangki skuba melalui kompressor udara khas untuk mengisi tangki skuba.
Komposisi gas dalam tangki skuba ialah 78.9% nitrogen, 21% oksigen, dan 0.01% inert gases (gas nadir). Jika oksigen tulen digunakan ia boleh menyebabkan keracunan kepada penyelam (oxygen toxicity) pada tahap kedalaman tertentu.

2. Berapa Lama Bernafas Dalam Air

Image result for scuba breathing

Kebiasaannya seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit di dalam air dengan hanya menggunakan 1 tangki skuba pada kedalaman 14-18 meter.
Akan tetapi, tidak semua begitu kerana penggunaan udara bergantung kepada kadar kedalaman dan prestasi penyelam itu sendiri. Ini kerana makin dalam, makin cepat udara dalam tangki itu habis,
Ia disebabkan oleh tekanan yang tinggi di dasar laut memampatkan lagi partikel-partikel udara dalam tangki skuba sehingga menyebabkan air pushing out stronger. Physics law applied here!
Kadang kala faktor pernafasan penyelam itu sendiri boleh mempengaruhi tempoh masa semasa melakukan penyelaman. Contoh, jika penyelam itu gemuruh, panik atau berdebar pastinya dia akan bernafas dengan kadar lebih cepat.
Dalam keadaan tercungap-cungap bernafas pastinya lagi cepat udara dalam tangki cepat habis menyebabkan penyelam perlu naik ke atas segera. Jadi, untuk selam lama pastikan penyelam bertenang.
Oh ya, kalau mahu rekod selaman dalam buku log (logbook) sekurang-kurangnya anda kena lakukan selaman selama 20 minit pada kedalaman 5 meter kerana itu minima requirement yang perlu dipenuhi. Jika tidak, master dive tidak akan tandatangan buku log tersebut.

3. Berapa Dalam Boleh Menyelam Skuba


Ia bergantung pada tahap pensijilan skuba anda. Jika mengikut standard PADI: Open Water Diver (paling asas) 18 meter, Advance Open Water (kena ambil adventure deep dive course dulu) 30 meter dan Deep Diver Specialty (wajib belajar Deep Dive Scenario) 40 meter.
Kalau 40 meter masih tidak cukup dalam, dinasihatkan anda untuk sila meninggal! Just kidding! Untuk menyelam lebih dalam anda boleh cuba technical diving course seperti sidemount, tecrec ataupun rebreather.

4. Apa Itu PADI

Selain PADI, ada juga SDI, SSI, CMAS, BSAC, NAUI dan RAID. Semua akronim tersebut merupakan singkatan kepada organisasi-organisasi terkenal dunia yang menjalankan aktiviti pengajaran dan latihan buat individu yang berminat melakukan aktiviti selam skuba.
Setiap organisasi mempunyai level standard yang tersendiri dalam menjalankan pengajaran dan latihan untuk melahirkan seorang penyelam bertauliah.
Di Malaysia, organisasi diving yang popular ialah PADI, SDI, SSI, NAUI dan RAID. CMAS, BSAC dan lain-lain pula biasanya banyak beroperasi di luar negara seperti Eropah dan Amerika.

5. Berapa Lama Tempoh Buat Lesen Selam Skuba

Image result for scuba license

Biasa ia mengambil masa lebih kurang 3-4 hari untuk dapatkan lesen PADI Open Water Course. Seseorang itu perlu menjalani proses pembelajaran teori selama sehari di dalam kelas, manakala 2 hari lagi untuk pembelajaran praktikal dalam air iaitu fasa confined water dan open water. Selepas itu, ada exam paper kena jawab tapi tidak susah pun.
Sesetengah pusat selam boleh melakukan kursus Open Water mengikut kesesuaian jadual anda. Contoh, Sabtu minggu ini belajar teori, Ahad minggu depan buat confined water dan Rabu kemudiannya buat open water dan peperiksaan.
PADI Advance Open Water Course pula biasanya dilakukan dalam masa 2 hari dimana anda akan diajar 5 jenis adventure dive seperti deep dive, search and recovery, underwater navigation (macam Navy Seal, pakai kompas), drift dive (macam Initial D tapi ini tujahan guna arus air yang kuat), night dive dan pelbagai lagi berdasarkan pilihan anda sendiri.
PADI Specialty Courses, kursus kepakaran biasanya boleh dibuat dalam masa sehari untuk satu course. Anda boleh pilih pelbagai specialty course seperti underwater photography dan bermacam lagi mengikut kemahuan anda dan availability kursus tersebut di dive center pilihan anda.

6. Bagaimana Jika Tiada Lesen Tapi Mahu Selam Skuba


Boleh bah kalau kau! Ada satu kursus pendek yang dikenali sebagai Discover Scuba Diving (DSD). DSD ini khas untuk individu yang cuma mahukan pengalaman bernafas dan eksplorasi alam semula jadi dalam air tanpa menghadiri kursus teori dan praktikal yang berhari-hari itu.
Kursus pendek ini dilakukan selama kira-kira 2 jam. Peserta akan diajar tentang kemahiran asas dalam melakukan aktiviti selam skuba dan akan pergi menyelam bersama instructor ataupun DSD Leader pada kadar kedalaman maksimum 12 meter sahaja. Kebiasaanya, harga pakej DSD ini dalam lingkungan RM150-RM300 bergantung kepada dive operators.

7. Adakah Selam Skuba Hobi Mahal

Semua hobi comes with a cost kan. Bagi pendapat saya, it is not really an expensive hobby compare to the experience and that peace and tranquility that you will get!
Kebiasaannya kos untuk mengambil lesen Open Water ialah dalam RM750-RM1500, Advance Open Water RM800–RM1600 dan Specialty CoursesRM350–RM1500/specialty.
Harga ini hanyalah average estimation. Ia juga bergantung kepada pusat selam yang anda pilih. Kalau di dive resort 5 bintang jangan jangka harga kurang dari 4 angka. Boleh pergi ke diving expo atau sertai Facebook Group untuk dapat harga yang berpatutan.
Alright, itu harga kalau ambil course. Kalau sudah ada lesen, boleh buat leisure dive dengan harga pakej antara RM270–RM300. Kena tengok pakej yang dive operator tawarkan.

8. Adakah Boleh Selam Walaupun Tak Pandai Berenang


What if I say yes? Kalau anda mahu menyelam tidak semestinya perlu pandai berenang tahap pandai punya. Asalkan anda selesa dalam air dan boleh berenang sikit pun sudah cukup.
Sebab menyelam ini lain berbanding berenang, tangan tidak berapa digunakan waktu menyelam kerana diving fin (kaki-kaki itik) yang dipakai penyelam pada kaki itu yang membantu pergerakan dalam air macam propeller. Anda hanya perlu belajar teknik flutter dan frog kick.

9. Apa Peralatan Wajib Skuba


Untuk membolehkan anda bernafas, bergerak dan berinteraksi di dalam lautan, anda memerlukan peralatan-peralatan ini:
a. Buoyancy Control Device (BCD)
BCD ini digunakan untuk memegang tangki skuba dan juga untuk bertindak seperti jaket keselamatan jika memerlukan apungan (buoyancy) tambahan.
b. Regulators
Alat ini membantu menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos berkualiti tinggi yang mampu menahan kadar tekanan tinggi.
Di dalam 1 set diving terdapat dua regulators iaitu primary (kegunaan utama) dan secondary (digunakan apabila kecemasan sahaja).
Berdekatan dengan regulator terdapat 2 hos lain yang menyambungkan hos LPI (low-pressure inflator) ke BCD untuk menyalurkan udara dan satu lagi hos disambungkan ke SPG (submersible pressure gauge) untuk menandakan kadar udara yang tinggal di dalam tangki skuba.
c. Face Mask
Alat ini bantu penyelam melihat di dalam air dan melindungi lubang hidung daripada dimasuki air. Our eyes need air to see. Goggle sangat tidak releven untuk menyelam kerana ianya tidak melindungi lubang hidung.
d. Weight Belt
Tali pinggang yang ditambah dengan pemberat timah (1 kg) ini digunakan untuk mewujudkan negative buoyancy. Ia bantu menggelamkan tubuh badan penyelam terutama yang berbadan besar dan berisi.
e. Exposure Suit
Pakaian seperti wetsuit dan rashguard amat penting ketika berada di dalam air kerana ianya membantu untuk insulation dan mengelakkan anda cedera apabila terlanggar sesuatu di dalam air. Kalau duyung yang langgar, tidak mengapa!
f. Fins
Kaki itik ini diibaratkan seperti enjin ketika menyelam. Makin besar dan panjang saiznya, makin senang untuk bergerak laju dalam air. Kalau fins ini tiada, penyelam tidak boleh pergi jauh.
Peralatan lain yang kena ada waktu diving ialah lampu suluh, steel pointer, kamera, sarung tangan, dive computer dan pelbagai lagi.

10. Di Mana Tempat Selam Terbaik Di Malaysia


Teramatlah banyak! Di Sabah sahaja terdapat lebih dari 10 pulau untuk diving. Mataking, Mabul, Mamutik, Sapi, Lankayan, Layang-Layang dan paling best ialah Sipadan (one of the best in the world).
Kalau di Malaysia Barat ada juga tempat awesome seperti di Pulau Tioman, Pulau Tenggol, Pulau Payar, dan Pulau Perhentian akan tetapi tidak lawan juga Pulau Sipadan dan Pulau Layang-Layang. Haha.

11. Bagaimana Nak Jadi Penyelam Profesional

Untuk jadi penyelam profesional seperti dive master atau penunjuk ajar, anda kena lalui pelbagai peringkat pensijilan penyelaman.
Pertama, anda kena ada Open Water Certification. Selepas itu, ambil Advance Open Water Certification. Kemudian, anda perlu lulus pula Emergency First Responder Course.
Selepas buat sekurang-kurangnya 40 logged dive baru layak untuk ambil Rescue Diver Course. Apabila sudah lulus peperiksaan teori dan praktikal jadi Rescue Diver baru boleh ambil Dive Master. Kena cukup sekurang-kurangnya 60 logged dive dan lulus peperiksaan lagi sekali baru boleh jadi dive master bertauliah.
Dengan status dive master bertauliah, lakukan lebih 100 catatan dive log bagi melayakkan anda ambil peperiksaan Open Water Scuba Instructor. Ia satu perjalanan yang panjang tetapi berbaloi.
OK, harap semua persoalan anda terungkai dan terjawab dalam artikel ini. Sebelum akhiri, saya mahu kongsikan satu petikan:
“Bad day diving is a thousand times better than the best day at the office.”

Isnin, 30 Januari 2017

Stress / Tekanan / Tertekan

1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN

  • Kerap gigit bibir.
  • Mulut dan tekak mudah kering.
  • Kerap jilat bibir.
  • Sering ketap gigi dan geraham.
  • Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
  • Menarik nafas lebih yg perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
  • Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
  • Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
  • Tekanan darah meningkat.
  • Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
  • Nadi laju.
  • Susah lelap untuk tidur.
  • Mudah letih.
  • Suka mengetuk-ngetuk meja dgn kuku.
  • Percakapan laju.
  • Menggigit kuku.
  • Kerap mengkebil mata.
  • Mata atau kening mata sering bergerak.
  • Ketawa tidak menentu.
  • Suka menghentak lantai dgn kaki.
  • Buang air besar tidak menentu.
  • Kerap buang air kecil.
  • Pusingan haid yg tidak menentu.

2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN

  • Kuat makan.
  • Selera untuk gula-gula meningkat.
  • Mudah hendak mendekati arak.
  • Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.

3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

  • Mudah membenci.
  • Sukar hendak mempercayai orang lain.
  • Hilang minat dalam hubungan kelamin.
  • Mati keakraban.
  • Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
  • Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita.
  • Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.

4. KESAN ATAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI

  • Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
  • Bunyi telefon berdering.
  • Bunyi wang syiling.
  • Bunyi kunci.
  • Suara orang lain mengeluh.
  • Bunyi kertas bergesel.

5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP

  • Bersikap negatif dan pesimis.
  • Mudah sedih dan gusar.
  • Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
  • Hilang arah hidup.
  • Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
  • Merasa bakhil.
  • Tidak kasihan terhadap orang lain.
  • Mudah tersinggung.
  • Mudah bimbang.
  • Sukar memberi tumpuan.
  • Mudah merasa malu.
  • Mudah merasa salah.
  • Mudah merasa tercabar.
  • Kurang sabar.
  • Hilang maruah dan martabat diri.
  • Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.

6. BAHASA TUBUH TANDA-TANDA STRESS

  • Bahu meninggi dari biasa.
  • Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
  • Tangan mudah menggigil.
  • Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
  • Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
  • Mengerut kening.
  • Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
  • Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
  • Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
  • Menggenggam tangan sambil bercakap.
  • Lengan menyilang perut.
  • Tangan tidak boleh berdiam.
  • Buat kerja dengan gerakan bising.
  • Kelipan mata yang lebih laju.
  • Kurang senyum.

Ahad, 29 Januari 2017

Tips Untuk Mengetahui Telur Segar Atau Tidak

Ciri-ciri telur yang segar memang  tidak dapat dilihat dari bahagian luar telur. Nak tahu telur yang anda baru beli segar atau tidak, senang je. Apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan satu bekas besar  yang berisi air untuk merendam telur-telur yang dibeli tadi. 
Kemudian rendamkan telur-telur itu  ke dalam bekas yang berisi air tadi. Untuk pengetahuan semua, kesegaran telur-telur itu ditentukan dengan melihat kedudukan telur dalam air.
1. Sangat segar – Telur yang segar akan tenggelam ke bawah.
2. Telur busuk – Telur yang dah lama akan terapung ke permukaan air. Jadi, tak perlulah makan telur tu.
Trik ini dapat mengurangkan risiko anda dari terkena jangkitan. Nanti cubalah buat kat rumah!

Sabtu, 28 Januari 2017

Sukar Tidur Malam? Atasinya Dengan 4 Cara Ini

Anda mengalami masalah sukar tidur malam? Ni kami ada beberapa tips untuk anda cuba tanpa perlu makan pil tidur.
Tak rugi pun cuba, mana tahu 4 cara ni berkesan. Bolehlah tidur nyenyak lepas ni?
1. Elak minum minuman berkafein
Kafein akan kekal dalam tubuh anda selama lebih kurang lapan jam. Jadi kalau nak minum kopi, sebaiknya minum sebelum pukul 3 petang.
2. Jauhkan gajet dari tempat tidur anda
Lampu dari gajet anda akan menyekat hormon yang membantu anda untuk tidur.  Jangan usik telefon masa nak tidur.
3. Bersenam lebih awal
Boleh bersenam pada waktu malam tapi anda perlu merehatkan badan selama 3 jam untuk badan bertenang semula. Kalau tak, mesti terkebil-kebil atas katil tu.
4. Loceng berbunyi, terus bangun
Elakkan dari snooze bila alarm berbunyi. Bangun sekejap, kemudian tidur semua tak bagus. Kunci jam pada waktu yang kamu perlu bangun.
Selamat mencuba!

Jumaat, 27 Januari 2017

Tips Jimatkan Masa Menggosok Pakaian

Menggosok pakaian menjadi perkara yang remeh sebab ia memakan masa yang lama untuk kita pastikan kedut pada pakaian akan lenyap. Tetapi dengan teknik di bawah berikut, bukan sahaja ia membantu anda menjimatkan masa menggosok pakaian, malah menjimatkan tenaga elektrik!

Bahan yang perlu disediakan:

  • Papan seterika
  • Seterika
  • Kepingan aluminium (foil)

Bagaimana melakukannya:

1. Terlebih dahulu, tanggalkan alas atau sarung papan seterika.
2. Hamparkan kepingan aluminium di atas papan seterika anda. Pastikan bahagian yang berkilat diletak pada permukaan atas.
3. Sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa.
4. Panaskan seterika dan ambil pakaian yang mahu digosok. Gosok seperti biasa.
5. Ketika proses menggosok pakaian ini akan berlaku pemanasan haba pada permukaan kepingan aluminium. Disebabkan itu, secara tidak langsung ia membantu anda menggosok kedua-dua bahagian pakaian dalam masa serentak. Jadi anda tidak perlu lagi menggosok kedua-dua belah! Senangkan…
Selamat mencuba!

Khamis, 26 Januari 2017

Jenis Jenis Pedang Dalam Sejarah Jepun

Pedang samurai di Jepun terbahagi kepada banyak jenis. Jenis setiap pedang adalah mengikut ukurannya. Setiap pedang diukur dengan ukuran “Shaku” dimana 1 Shaku bererti sekitar 30 cm. Berikut adalah jenis-jenis pedang samurai yang dikumpulkan mengikut panjangnya.

1. Tanto


Jika anda pernah melihat Filem Goemon, anda pasti mengetahui pedang ini. Pedang ini dibawa oleh puteri sebagai pertahanan diri. Saiz pedang ini sekitar 25 cm, termasuk dalam kategori pisau.
Penggunaannya biasanya untuk menusuk serta-merta. Perempuan Jepun zaman dulu membawa tanto di sebalik obi (tali pinggang kimono) untuk self defence ataupun untuk serangan mengejut.

2. Wakizashi


Jika anda peminat Final Fantasy, pasti tidak asing dengan Yojinbo. Pendekar pedang yang mampu membelah apa saja. Salah satu serangannya ada wakizashi. Wakizashi merupakan jenis pedang samurai dengan panjang antara 30-60 cm, para samurai biasa menggunakannya sebagai secondary weapon.

3. Kodachi


Kodachi adalah senjata kesayangan Aoshi Shinomori ahli Jupon Gatana dalam siri manga Samurai X. Kodachi lebih panjang dari wakizashi, tetapi lebih pendek daripada katana. Biasanya digunakan sebagai perisai dalam “hand -to- hand” combat.
Kerana tidak sepanjang katana (kurang dari 2 Shaku) maka tidak menyalahi peraturan membawa pedang di zaman Edo sehingga boleh dibawa oleh orang biasa (pada ketika itu cuma samurai yang boleh bawa pedang). Pedangnya lebih melengkung daripada wakizashi. Pedang ini cukup ringan sehingga memudahkan pengguna bergerak lincah.

4. Katana


Katana merupakan pedang khas ninja. Setiap ninja mempunyai katana dipunggung mereka. Pedang ini merupakan pedang umum dengan panjang antara 70-80 cm.
Jenis single-edge dan melengkung. Selain digunakan ninja, pedang ini juga dibawa oleh kaum samurai untuk mewakili status sosialnya. Biasanya dibawa berpasangan dengan wakizashi atau tanto yang digunakan untuk close-quarter combat dimana katana digunakan untuk open-quarter combat.

5. Tsurugi


Pedang Tsurugi tidak serupa dengan jenis pedang yang lain. Pedang ini tidak melengkung tapi lurus seperti pedang korea. Tsurugi merupakan pedang jenis broadsword, lebih berat berbanding pedang yang lain. Sangat sesuai digunakan untuk mengahadapi musuh pakai perisai tebal.

6.Chokuto


Sama seperti katana, hanya saja tidak melengkung tetapi lurus. Ditemui sebelum zaman Heian sebelum orang Jepun mencari teknik melengkungkan pedang (yang ternyata unik caranya).
Kerana pedangnya lurus sukar digunakan dan jarang digunakan dalam pertempuran. Setelah ditemukannya katana, chokuto masih tetap dihasilkan tetapi kebanyakan berfungsi sebagai ceremonial sword.

7. Ninja-to


Pedang para ninja, selain katana, ninjato merupakan pilihan para ninja. Ringkas dan ringan membuat pedang ini mudah untuk dimasukkan ke dalam baju. Perbezaan asas di antara katana dan ninja-to terletak pada bentuknya. Ninjato tidak melengkung seperti katana tetapi lurus.

8. Nodachi & Odachi


Pedang Nodachi & Odachi adalah pedang yang panjang. Merupakan pedang terpanjang dengan panjangnya hampir 80 cm. Pedang ini tidak sesuai untuk close combat kerana ribet dengan ukurannya.
Pedang ini digunakan untuk membelah pasukan berkuda dan kudanya. Dalam siri manga Samurai deeper Kyo, ia menggunakan pedang jenis ini. Walaupun sebenarnya tidak sesuai untuk close combat. Pembuatan pedang ini termasuk dalam kategori sukar, sehingga pedang ini merupakan pedang yang rare.

9. Nagamaki


Pedang Nagamaki adalah dimana mata pedang dan pemegang adalah sama panjang. Termasuk dalam kategori belati, digunakan untuk serangan mendadak. Penggunaan pedang ini tidak seefisien Tanto. Tapi pedang ini memiliki keindahan tersendiri.

10. Naginata


Naginata merupakan tombak dengan mata pisau katana. Digunakan parajurit wanita pertarungan jarak sederhana. Pemegang dibuat dari kayu dan mata tombaknya dari katana melengkung. Sangat sesuai untuk jenis pertempuran Chaos.

Rabu, 25 Januari 2017

3 Cara Untuk Ketahui Wifi Kita Dicuri Orang

Terdapat 3 cara untuk tahu sama ada orang curi wifi kita atau tidak:

1. Tengok lampu pada router


Off semua wireless devices. Kemudian, tengok kat lampu indicator kat router tu. Kalau menyala maksudnya memang ada orang curi wifi anda.

2. Check kalau ada IP address yang lain list device tu

Kat website akan ada arahan macam mana nak log in router, kemudian ia memerlukan pengguna untuk masukkan Internet Protocol (IP) address ke laman web tu dengan masukkan administrator dan password.
Bila dah log in, ada akan list IP address, MAC address dan nama device yang kita boleh check bila dia pop up. Masa ni boleh tengok mana device pelik-pelik yang ada.

Kalau terjumpa perbezaan nombor atau nombor IP Address kat router tu lebih daripada devices yang connected dengan wifi maknanya memang ada orang curi wifi anda!

3. Guna applikasi atau program untuk detect siapa yang guna wifi

 
Cuba install je aplikasi atau program yang boleh check siapa yang guna wifi korang. Who Is On My Wifi adalah free software untuk Windows dan Mac.

Selasa, 24 Januari 2017

10 Fakta Pelik Mengenai Bola Sepak

Terdapat banyak fakta bola sepak yang kita dengar seperti benar tetapi hakikatnya tidak betul.
Jom kita lihat 10 fakta bola sepak yang betul tapi bunyinya seperti tipu saja.


Penjara Signal Iduna Park
Tak akan dalam stadium pun ada penjara?
Ia benar dan ‘penjara tersebut di Signal Iduna Park di Jerman. Ianya diwujudkan bagi penyokong-penyokong yang ada cubaan untuk mabuk di stadium.
Mesti anda tertanya-tanya kenapa bir masih dijual sedangkan ada peraturan jelas dilarang mabuk di stadium bukan?
Hal ini kerana bir tidak dijual oleh mana-mana penyokong dengan kuantiti yang banyak. Serta barangkali ada had bagi penyokong yang ingin menambah kuantiti bir mereka.


Sir Alex Ferguson Way
Terdapat sebuah jalan berdekatan dengan Old Trafford di Manchester yang diberi nama ‘Sir Alex Ferguson Way’.
Ia diberikan sebagai mengenai jasa yang dilakukan oleh pengurus terhebat Manchester United itu.


Queen Control
Isteri kepada pemain Manchester City Vincent Kompany, Carla Higgs Kompany mempunyai satu hukuman pelik akan diberikan kepada Kompany jika beliau gagal memimpin kemenangan buat pasukan Manchester City.
Carla akan menghukum suaminya dengan tidur di luar rumah jika suami dan pasukannya tewas dalam perlawanan malam itu!
Mafia
Penyerang Schalke 04, Klaas Jan Huntelaar berkata dalam satu temuramah bersama media Bundesliga:
“Jika saya tak jadi pemain bola sepak, saya nak jadi mafia!”


Sirih Naik Junjungan Patah
Internazionale kembali menjadi juara Eropah selepas memenangi perlawanan akhir UEFA Champions League pada tahun 2010.
Ketika semua pemain Internazionale meraikan kejayaan tersebut, kapten Javier Zanetti mempunyai perasaan bercampur baur ketika itu.
Hal ini kerana beliau gembira kerana pasukannya muncul juara, namun berduka kerana ibunya meninggal dunia ketika itu.

Dari penjaga gol ke penyerang
Sejak kecil, Fernando Torres bermain sebagai penjaga gol.
Namun dek kerana gemar akan watak animasi Captain Tsubasa, beliau sering menjadi penyerang ketika bermain bola sepak dalam dewan.
Keputusannya itu nyata berbaloi, beliau menjadi penyerang yang cukup tajam ketika kemuncak prestasinya.

Liga terkecil di dunia?
Pernah tak anda terfikir liga bola sepak mana yang terkecil di dunia ini? Adakah ianya di Singapura atau Brunei?
Jawapannya adalah Liga Scilly. Di liga tersebut hanya terdapat 2 pasukan sahaja yang bertanding iaitu Woolpack Wanderes dan juga Garrison Gunners.
Liga tersebut dilangsungkan dengan format kedua-dua pasukan ini akan bermain sebanyak 17 kali untuk mencari juara.

Vodafone Arena
Ciri menarik yang ada pada stadium Besiktas ini adalah di setiap tempat duduk penonton akan dilengkapi dengan skrin kecil.
Ia memudahkan setiap penonton untuk menonton ulang tayang ketika perlawanan berlangsung.

Nazi & Schalke 04
Pemimpin Nazi Adolf Hilter juga merupakan seorang peminat bola sepak. Dan pasukan yang beliau sokong adalah Schalke 04.
Ketika era pemerintahannya, Schalke 04 memenangi 22 kejuaraan di Jerman.

Pembuat piala UEFA seorang peminat Internazionale
Tahukah anda? Pereka trofi piala bagi pertandingan kelolaan UEFA dihasilkan oleh seorang peminat Internazionale.
Guerrino Giorgi cukup gembira kerana beliau dipilih sebagai orang yang mereka bentuk trofi tersebut. Hal ini kerana beliau rasakan dirinya seolah memberikan hadiah kepada Internazionale sekiranya mereka menjuarai piala Eropah.

Isnin, 23 Januari 2017

Khasiat Kacang Bendi




Banyak orang di dunia menghidapi penyakit kencing manis. Yang berikut ialah penawar mudah untuk penyakit kencing manis. Kacang bendi merupakan sayur-sayuran semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit kencing manis.
Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat. Kacang bendi juga mengandungi vitamin C, B6, tiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah antara sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan kuah, terutamanya kari.
Ada orang kurang menggemari kacang bendi kerana kacang bendi berlendir. Sebenarnya, kalau tahu akan cara memasak, kacang bendi amat enak dan amat berkhasiat.
Kacang bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengelakkan selesema (vitamin C), baik untuk otot dan otak, melawaskan penghadaman, serta mengurangkan kolesterol.

✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak, iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit kornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.
✔Lendir kacang bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga berpotensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman seperti kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, manakala daun yang tua boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan yang cantik.


Khasiat Kacang Bendi
✔Mencuci hati
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
✔Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
✔Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
✔Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur
✔Air rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
Kacang bendi memang banyak khasiatnya. Mari amalkannya demi kesihatan anda.
(sumber dari: http://makanananda.blogspot.com/2013...ang-bendi.html)

Ahad, 22 Januari 2017

10 Kebaikan Seks Yg Mungkin Anda Tidak Tahu!!

Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikkan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:


  1. Seks mengurangkan tekanan
    Kebaikkan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah.
  2. Seks meninggikan Immuniti badan
    Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
  3. Seks membakar lemak
    Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US.
  4. Seks menguatkan kesihatan jantung
    Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
  5. Seks meninggikan Self-Esteem
    Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri.
  6. Seks membuatkan kita lebih menyayangi
    Pelukkan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi.
  7. Seks mengurangkan sakit
    Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
  8. Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
    Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
  9. Seks menguatkan otot pelvis
    Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
  10. Seks membuat anda tidur lebih lena
    Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian.

​sumber:alamhamil.com

Sabtu, 21 Januari 2017

25 Perkara Jangan Buat

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.


4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.


5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.


7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.


8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.


10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.


11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.


12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya.


13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.


14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.


15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.


16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.


17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.


19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.


20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.


23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.


24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.


25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..

Jumaat, 20 Januari 2017

Benarkah Data Kad PayWave Mudah Dicuri?

Satu perkara yang hangat diperkatakan hari ini apabila satu akhbar tempatan menyiarkan isu penyeluk saku digital yang mampu menggodam maklumat kad berasaskan PayWave dengan hanya menggunakan telefon pintar. Kad jenis ini telah diimplementasikan secara menyeluruh pada majoriti kad bank setelah digalakkan penukarannya bermula tahun lalu di Malaysia.
Saya mencuba aplikasi yang diperkatakan mampu “menggodam” maklumat kad PayWave atau kad yang mempunyai sokongan contactless ini.
Aplikasi ini sebenarnya bukanlah aplikasi yang direka untuk menggodam tetapi dilihat sebagai aplikasi analisis yang mampu membaca maklumat daripada kad tersebut. Ia hanya boleh dipasang pada telefon berasaskan Android dan satu fungsi wajib yang perlu ada adalah kebolehan Near Field Communication (NFC). Walaupun ia tidak direka untuk godaman, hasil maklumat yang diperolehi masih ada kemungkinan untuk menjayakan sesuatu transaksi.
Berikut adalah maklumat yang diperolehi melalui aplikasi tersebut selepas berjaya mengesan kad berasaskan PayWave:
1. Nombor kad debit/kredit anda
2. Tarikh luput kad
3. Transaksi terkini (sekitar dua minggu)
4. Log yang dipenuhi dengan kod unik

Umumnya, tiga maklumat yang diperlukan untuk membuat pembayaran online iaitu:
1. Nombor kad debit/kredit anda
2. Tarikh luput kad
3. Nombor CVV (nombor 3 digit di belakang kad)
Satu maklumat yang tidak diperolehi oleh aplikasi ini adalah nombor CVV iaitu nombor yang tertera di belakang kad. Walaupun aplikasi ini tidak memaparkan nombor CVV ini, dengan penggunaan 3 digit nombor, ia masih ada kemungkinan untuk diteka di bawah 999 kali.
Perlukah anda risau?
Pertama sekali, aplikasi ini menggunakan gelombang NFC pada telefon pintar sekaligus memerlukan jarak yang sangat dekat untuk membaca kad PayWave ini. Secara teknikal, gelombang ini mampu mengesan dalam jarak 4cm sahaja daripada terminal pembayaran atau telefon pintar. Tetapi apabila diuji, saya perlu meletakkan kad betul-betul berhampiran di belakang telefon, barulah ia berjaya membaca kad PayWave ini. Sekiranya saya meletakkan kad ini jauh dengan jarak melebihi 1cm, ia akan memberikan rajah di bawah.

Ini bercanggah dengan apa yang diperkatakan oleh akhbar tersebut yang mana penggodam mampu memperoleh data dalam lingkungan satu 1 meter. Ia terlalu jauh untuk penggunaan telefon pintar dengan bantuan NFC setakat ini. Teknologi NFC hanya akan berlaku proses pemindahan data apabila berada di bawah lingkungan 4cm.¹
Perkara ini diperkuatkan melalui info daripada Maybank mengenai pembayaran secara contactless

Selain itu, kebanyakan transaksi pembayaran online kini juga telah dipertingkatkan dengan sistem 3-D Secure — memerlukan anda memasukkan kod yang dihantar kepada telefon anda sebelum menjayakan sesuatu transaksi. Ini menyukarkan penggodam meneruskan transaksi atas ketiadaan akses kepada telefon pintar anda secara fizikal. Melainkan telefon pintar anda turut digodam, kemungkinan besar sesuatu transaksi itu akan turut berjaya.

Seperkara lagi, sekiranya maklumat kad anda dicuri, anda masih akan menerima mesej pada telefon anda untuk setiap transaksi yang berlaku menggunakan kad anda. Jadi, anda masih mempunyai peluang untuk menghubungi pihak bank bagi memaklumkan transaksi yang berada di luar pengawasan anda.
Saya masih skeptik dan apakah langkah-langkah untuk mengelakkan maklumat kad PayWave saya dicuri?
Terdapat beberapa solusi seperti membalut kad dengan aluminum dan sampul kad anti gelombang yang mungkin memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang untuk melindungi kad anda. Sungguhpun begitu, masih terdapat beberapa cara lain yang anda boleh praktikkan untuk mengelakkan maklumat kad dicuri.
Apabila berada pada sesuatu lokasi, pastikan anda sentiasa meletakkan jarak anda apabila dihampiri oleh orang yang tidak dikenali. Ini mengelakkan penggodam mengambil kesempatan untuk menyeluk saku secara fizikal atau digital dengan teknik mengalih perhatian anda.
Anda juga disarankan untuk menyimpan kad anda pada bahagian yang tidak terjangka oleh penyeluk saku. Lokasinya ada baiknya tidak perlu disebutkan di sini untuk mengelak pemberian idea kepada penjenayah. Ikut kepada kreativiti dan keselesaan anda untuk meletakkan kad tersebut.

Jadi bagi anda yang mempunyai kad berasaskan PayWave, proses untuk memperoleh maklumat kad ini sebenarnya memerlukan jarak yang begitu dekat sebelum ia berjaya dipintas. Sekiranya ia berjaya dipintas, maklumat yang diperolehi juga masih belum mampu untuk menjayakan sesuatu transaksi dan memerlukan penggodam untuk meneka nombor CVV dengan tekaan sehingga 999 kali. Pastinya dalam tekaan tersebut, pihak bank akan menyahaktifkan kad tersebut kerana ada cubaan untuk meneka nombor ini secara berkali-kali.
Seperkara lagi, dengan sistem pembayaran 3-D Secure yang diimplementasikan pada pembayaran online, ia juga menyukarkan penggodam kerana memerlukan penggodam mendapatkan telefon pengguna secara fizikal untuk melihat kod yang dihantar, sebelum mampu untuk meneruskan pembayaran.
Walau bagaimanapun, segala kemungkinan masih perlu dititikberatkan pengguna daripada apa jua jenis ancaman godaman. Beberapa perkongsian yang disampaikan di atas semoga dapat memberikan manfaat untuk kita agar keselamatan maklumat kad tidak digadai dan tumpas ke tangan orang asing.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...